Pernah dgr jenama Tommy Tippee ? Aku yakin mereka yg dah bergelar ibu mesti tau .. Yang bergelar bapa ni , susah skit sebab diorang main angguk je bila si isteri ajak membeli barangan baby ni .. kan kan ? Hehehe.. Jangan maraaa aa.. gurau je.. Aku jenis main angguk je sbb si isteri yang lebih banyak buat kajian mengenai barangan baby ni berbanding aku. Kecuali bila melibatkan aku , baru aku buat sedkit kajian. Tapi tak perlulah sampai buat paper work .. hehe..
Maka setelah dibincang dengan wife , ada beberapa barang yang akan kitorang beli nanti di MotherCare yg mana ianya berjenama Tommy Tippee..
Kegunaan Digital Sensor Pad Monitor ni ? Ianya lebih pada menangkap bunyi pengerakkan baby . Kalau baby kat bilik dia , dia bergerak atau menangis , ibu bapa yang berada di bilik mereka ( sejauh 300 meter ) akan mendengarnya . Kira untuk keselamatan la .. Kalau baby tak bergerak selama 20 saat pon akan dikeluarkan amaran buat si penjaga .. Mana tau la kan ? Kena alert senantiasa bila ada si kecil ni ..
Dan menariknya , ianya boleh dijadikan seperti walkie talkie . Two way .. Kalau mak nak panggil ayah yang kat bilik tidur tu , guna tu jer.. tak payah jerit kuat kuat dah .. hehe .. Dan ada juga memaparkan keadaan suhu di bilik tu di skrin Digital Sensor Pad ni ..
Lagi apa kitorang nak beli ?
Electric Bottle and Food Warmer
Bagi aku yang kena jaga dari pagi sampai petang ni , alat pemanas susu dan makanan baby ni mmg penting .. Takkan baby nak makan atau minum susu sejuk kan ? Boleh kembung perut dia nanti. Jadi dengan adanya benda ni , sangatlah mudah bagi aku .. Guna elektrik je.. Tak payah susah susah dah ..
Alat pemanas ni tetap mengekalkan mutu nutrisi di dalam makanan tu . Yang perlu kita setkan saja temperaturenya saja .. Dan kebanyakkan size botol pasti muat untuk dimasukkan dalam warmer ni ..
Satu lagi barang nak beli ..
Haa .. ni antara paling penting ! Botol susu yang dah digunakan hendaklah di basuh dengan teliti dan kemudiannya disterilkan agar lebih bersih .. Tak perlu nak rendam dalam air panas dah .. Guna je alat ni .. Cepat ! Dalam tempoh 5 minit selesai ! Mudah kan ? Haa.. senang skit tugas aku nanti .. Sesuai dengan aku yang cepat kalut nih ..
Itulah .. 3 benda yang kitorang nak beli nanti di MotherCare nanti. Kalau korang berminat nak tau dengan lebih lanjut barang yg kitorang nak beli ni nanti , leh baca kat web Tommy Tippee ni..
Kenapa kitorang pilih Tommy Tippee ? Setelah tengok sana sini barang baby ni , rasanya nilah paling sesuai dari kegunaan dan harga yang mampu dibeli kami .. Lagi pun cantik apa reka bentuk dia .. Pasti membuatkan mereka yg tengok nanti teringin nak ada baby gak .. hehe ..
Tak lama dah .. Hari ni dah masuk minggu ke 37 .. huhu ..