Hee .. Ada blogger yang terang terang tak suka baca blog blog yg mana penulisannya lebh menjurus pada entri peribadi seperti pemakanan , shopping , aktiviti harian , pasal pasangan dia mahupun pasal keluarganya , kemudian mengkritiknya secara terbuka ..
Alahai .. jangan gitu kawan ..Kena faham istilah blog ni apa .. Dah terang terang ianya sekadar log pengguna internet. Cuma d web log ni , boleh bebel panjang panjang tanpa had. Mereka ada peminat mereka sendiri. Mereka menglogkannya kerana ianya peribadi dan lebih pada diari. Jangan persoalkannya ..
Cuma jika ianya lebih peribadi cam ada gambar yg tak perlu nak didedahkan pada orang ramai , maka privatekannya la .. Bukan apa , takut nanti boleh mendatangkan fitnah atau disalahguna oleh makhluk asing.
Kalau ada yg tak suka membacanya , jangan la baca .. Baca blog ni , bukan paksaan . Tak perlu nak maki blogger tu dengan meninggalkan komen atau membuat entri serangan pada blogger tu ..
Yang penting , blogger perlu tau apa yang tak boleh dan apa yang boleh bila mengupdate entri . Elakkan dari menulis entri yg kontroversi tanpa bukti atau sengaja mencari isu panas yg boleh mendatangkan masalah pada mana mana yg terlibat , kelak.
Jadilah seorang blogger yang matang dan bijak .