Belah kiri tu , korang leh nampak ada Pasar Tani atau Pasar Malam Putrajaya . Selebihnya tu , korang leh nampak kereta parking kat situ yang mana sepatutnya tak boleh langsung parking di situ !!! ARghhhhhhhh .. Tensen ! Walaupun tak menyebabkan kesesakkan lalulintas yg teruk , tapi boleh mengundang kecelakaan sebab pemandu kena alert berkali ganda sebab orang melintas kat situ atau kereta tetiba berenti mendadak.
Kita yang memandu kat situ , dah menjarakkan kereta kita dengan yang berada di depan tapi tetiba ada kereta celah dan tak pasal pasal rapat dengan dia lak ! Camana tu ?
Bersepah !Mereka parking ikut suka diorang jer ! Bila ada penguatkuasa , tau pulak takut !! Tak ke diorang sedar yg diorang membahayakan nyawa pengguna jalanraya yang lain ??
Tempat parking dah disediakan .. Ada banyak . Cuma perlu jalan sedikit jer .. Kenapa perlu pentingkan diri sendiri ? Teruk sangat ke kena berjalan ? Tapi bila bab membeli , tak hengat punya borong .. termasuk aku tapi aku parking di tempat yang disediakan okeh ! Wife aku yang dah sarat mengandung pon , jalan kaki kerana tak nak menyusahkan orang lain . Yang diorang ni nape ? OKU ? Ramai gak eh ?
Tu belum masuk part yang suka masuk lorong dengan tiba-tiba sedangkan dia berada nun di lorong tengah tanpa memberikan lampu isyarat yang terletak cantik di badan kereta diorang tu haa .. Pergh.. Leh naik darah woo ..
Dua tiga hari ni , banyak aku komen pasal bandaraya pintar neh ! Bandar pintar dah skit .. orangnya ? Seperti biasa , bukan semua macam tu okeh ! Dan seperti biasa jawapan aku dan mereka juga , kerana nila setitik ..
Silalah datang ke Putrajaya dan nikmati sendiri keindahan ini .