Sedar diri la skit bang !

by - Jumaat, Mac 23, 2012

 

Berlaku satu kejadian kat aku tadi waktu aku nak isi minyak  kereta di stesen minyak Shell , Presint 8. Macam aku pernah tulis di status FB aku berbunyi gini ha .. “ Hari ni majoriti rakyat Malaysia belajar beratur.. Kenapa ? Hari ni hari gaji SeMalaysia ! “ .. Faham faham la kan ? ..

Ada sebuah lot untuk isi minyak kosong dan aku menuju ke arahnya. Tiba-tiba datang sebijik motor yang entah mana dia celah , terus masuk tanpa rasa bersalah ,tanpa pandang kiri kanan pastu terus g ke kaunter lalu bayar ..  Dari pemakaiannya , aku tau la jenis camana orang ni .. Aku pon keje gomen gak dulu ..

Pastu , ‘pakcik’  tu gerak .. Aku nak celah masuk , tetiba masuk lak sebijik motor yang mana pakaian mereka , spesis ! Hampeh !! Aku tak citer banyak , aku hon dan angkat tangan kat dia .. Dalam hati aku mencarut menambahkan lagi dosa aku hari ini .

Bila mengenangkan ‘spesis-spesis’ ni ,aku teringat pengalaman aku bekerja di dua kementerian besar Malaysia ni ha..  Mula mula aku masuk , aku cuma berstatus kontrak dan aku sedar hakikat tu  dan aku hormati mereka yang jauh lebih berpangkat dari aku dan muda dari aku. Aku kena terima dan jangan la nak berlagak walaupun kita ni jauh lebih berpengalaman dari mereka.

Teringat sorang kawan aku berkata pada aku ..

“ Ben , kau tak payah la beria buat kerja tu. Diorang nak , diorang datang la amik sendiri file ngan surat  ni. Tak yah susah susah nak g antar kat diorang.. “

Aku terkedu. Nape dia kata gitu ? Sedangkan aku tau tu tugas aku dan aku tau tugas hantar surat tu , kerja dia ! Tapi dia tak nak buat ! Waduuh .. tunjuk hebat sangatkah mereka ni ?

Makin lama aku di situ , baru aku tau kenapa dan mengapa semua ini berlaku .. EGO !! EGO mmg senantiasa berada dalam diri penjawat awam ni .. Maaf aku cakap la yer .. Ini kenyataan . Cuma segelintir saja yang bagus dan sedar diri .. Yang lain ? Hurm..

Tindakan ? Bukan mudah nak amik tindakan terhadap penjawat awam yang punya masalah disiplin ni . Sangat merumitkan .. Lama lama , lantak kamu laaa .. Gaji kamu tu , kamu bagi keluarga kamu makan. Jadi sendiri fikir la.

Masalahnya , mereka ini menyebabkan pihak lain tidak dapat buat kerja dengan lebih efisien dan terpaksa buat kerja mereka lak ! Kalau malas , berenti je kerja ! Atau nak berlagak jadi pegawai , sambung la belajar ! Bukan takde peluang pon nak sambung belajar. Ada jer.. Tapi tak nak la pulak . Yang pandai , boikot dan memberontak dalam diam. Akhirnya , orang awam gak yang susah .. Yelah , kalau kerja tak jalan ,camana urusan nak settle kan ?

Maaf la yer kawan kawan. Aku bukan mengkiritik tapi inilah kenyataannya . Bukan semua tapi segelintir inilah merosakkan nama penjawat awam yang lain .

You May Also Like

23 comments

  1. biasa la tu...sesiapa yg kerja gov. ni mesti dh lali dgn situasi cmtu...
    entry ni menggambarkn penulisnya berilmu...ayat2 yg mudah utk difahami wlupn ada yg tersirat disebaliknya...

    BalasPadam
  2. pnh wat praktikal kt gov jgk..tk dinafikan mmg mcm tu..1 lg tgk dorang mcm relax ja xbyk krja..yg tau brgosip,mekap2..tk tau tmpt len mcm mn..ini dr pglmn jgn mrh yer yg kja gov.but now kja kt pvate lain lak sbb kna fight wt kja,kna pform tdk xda bonus,increment..hmm..myb lain tmpt lain ksh nya..maaf klu terguris..huhu

    BalasPadam
  3. salah satu sebab saye pun benti keja gomen.. walaupun berjawatan tetap & abis segala kursus dah pegi :)
    bkn rezeki di sane kiranyer :)

    BalasPadam
  4. saya sokong 100% !!! sebab sy sedang menghadapi office mate yang perangai lebih kurang macam tu..!!! sebab perangai mereka yg sedemikian lah tanggapan orang awam "ahhh, urusan dgn jabatan gomen memang lambat!!"

    BalasPadam
  5. Mintak2 sy tak tergolong dlm kalangan itu .. Skrg atau dimasa hadapan :) kerja dgn niat beribadat .. I'allah berkat :p

    BalasPadam
  6. betul tu abg ben..miss penh mgalamina msa keja kntrk dlu...sstghnya buat keja,,yg sepruh,,dduk gyg kaki men FB

    PERLU KE ‘BLOGWALKING’

    BalasPadam
  7. sikap mmacam ni yang menjatuhkan reputasi penjawat awam sendiri tu.. huhu

    BalasPadam
  8. semua pejabat ada 'makhluk' yang macam ni...menyusahkan orang lain je!

    BalasPadam
  9. pedas kritikan bro ben kali ni..
    hehe
    nila stitik rusak susu satu belanga.

    BalasPadam
  10. itu mcm ya ? huuu. sme klo g tmpt gov pn.. slow.. ergghhhh

    BalasPadam
  11. assalamualaikum en.ben...kesian nyer penjawat2 kerajaan ni kenapa la jadi mcm tu bua kerja biarlah ikhlaskan tak la nanti org mengata yg bukan2...:)

    BalasPadam
  12. penjawat awam pakai baju batek??? kah3... mentaliti tu keje dorang, ni bukan masalah kita, biar lah ada orang lain boleh buat tu yg merosakkan Malaysia.

    BalasPadam
  13. kalau separuh dari mereka berfikiran macam kamu kan bagus!

    BalasPadam
  14. pe kata.....cadangkan kat semua kementerian...wat style cara kerja cam private.....tak le org gomen goyang kaki....kalau yang kaki ponteng tu buang jer terus...tak ler yang rajin datang and wat keje tu wat keje ngan hati yang "BENGKEK" jer..... gaji sama2 dapat tapi keje macam chips more...adoyai...

    BalasPadam
  15. Bagus sgt pada sesiapa yang berani berhenti keje dari gomen..keje gomen xkaya pon..lebih2 lg org bawahan...byk hutang jew tau...kehkeh...

    BalasPadam
  16. MM 3 tahun keje gomen berstatus kontrak turun ke sambilan turun lagi ke PSH.. Dari elok2 dapat elaun bagai, terus xde elaun.. Gaji hari bro! Mampos nak idop kat KL ngan gaji yang tak seberapa.. Keje makin ari makin menimbun, tapi payment makin ari makin turun.. Apekah? Last2 dah tak tahan, panas bontot terus blah.. Daripada MM keje tak iklas asik nak menyumpah seranah je, baik benti.. Duk umah dediam lagi bagos.. Ahaks!

    BalasPadam
  17. tak semua macam tu tapi kebanyakkannya memang macam tu..

    BalasPadam
  18. Siapa tggl kat putrajaya tau la apa rasa berada dikalangan majoriti berperangai mcm tu..aku sndri sampai x tau nak ckp apa lagi dah dgn diorg..kebanyakkan penduduk putrajaya mcm tu..drpd jadi gaduh, lebih baik aku tingkatkan kesabaran aku...

    BalasPadam
  19. mcm kes kak long mas..sampai sedih dia tgk glagat kat offc.dia keje tul2.tapi bila ada part check penilaian..mna yg kje cincai2,mgular,kaki gosip..tiba2 jdi rajin teramat2..akhirnya propa mereka berjaya mndapat pekerja terbaik..see?itulah kelicikan..hemmm -_-

    BalasPadam
  20. Adossss...dah rasa rasa bad feeling kalau dpt keje dgn gomen nanti...adooiii...

    BalasPadam
  21. Ye kerr.. Pergh, hampeh tahap gaban. Tak kisah la kita ni krja apapun, yg pnting nawaitu tu pnting.

    Klu 24 jam duk mkn gaji.. Duit msuk dlm prut family. Hmm.. Mnjwab la nnti..

    BalasPadam