Serupa sang kancil dengan buaya !

by - Rabu, Mac 21, 2012

 

Teringat lagi kisah sang kancil ni haa .. Dulu mmg feveret la aku baca cerita cerita gini termasuk dongeng dari negara negara di dunia. Pergh .. mmg abis masa aku lepak dalam perpustakaan .. huhu .. Budak nerd aku dulu neh !! Tu masa tingkatan 1-2 jer .. Pastu , aku jadi SAZALI laa .. hehehe ..

Berbalik pada tajuk utama aku untuk entri ni .. Hurm .. Zaman skang ni sukar betul nak percaya kat orang . Kita buat baik , dia makan kita .. Kita buat jahat , kita kena makan gak .. hehe.. Tapi baik buat baik kerana Allah .. senang cita ..

 

Niat seorang wartawan Utusan Malaysia untuk membantu dua wanita yang tidak dikenalinya membawa padah apabila dikelar dan disamun kedua-dua wanita itu.

Dalam kejadian pada pukul 2.50 petang tadi, Malinda Malik, 23, yang memandu kereta di Lengkok Bukit Jambul di sini ternampak dua wanita berusia 20-an itu memberhentikan motosikal di tepi jalan dan mereka seolah-olah seperti dalam kesusahan.

"Saya berhenti kereta dan menurunkan cermin tingkap untuk bertanya masalah yang dihadapi mereka. Tiba-tiba seorang daripada mereka menarik tangan kiri saya sebelum mengelar dengan pisau kecil," katanya di sini hari ini.

Seorang lagi memaksa Melinda menyerahkan kesemua wangnya.

"Bimbang dicederakan lebih teruk, saya menyerahkan dompet kepada mereka sebelum seorang daripada wanita itu mengelar tangan saya buat kali kedua sebelum melarikan diri," katanya yang kerugian kira-kira RM300.

Malinda yang kemudiannya mendapat rawatan di sebuah klinik, menerima tujuh jahitan, membuat membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong. – BERNAMA “

 

Hurm .. Camana tu ? Pasni kalau ada kes kes gini ,sapa nak tolong ? Ni semua gara gara makhluk asing tak bertamadun ni punya pasal ! Orang yang betul betul perlukan pertolongan akan jadi semakin sukar kerana takde orang nak tolong . Yelah , risau kena tipu !

Jenayah makin menjadi jadi lak skang ni .. Takkan nak buat filem gini lak kot untuk sedarkan diorang ?? Hurm .. rasanya ada dah kot filem gini.. Omputih punya. Ahaaa .. ni mesti dapat  idea dari situ .. iskh iskh iskh ..

You May Also Like

8 comments

  1. bahaya betol sekarang ni kann. haishhh!

    BalasPadam
  2. makin bahaya skrang ni.. tp yg penting nyawa selamat.. alhamdulillah

    BalasPadam
  3. idea kretif buat keje jahat... cuba jadi pelakon ke :d hehe ",)

    BalasPadam
  4. haish...macam macam orang sekarang ni

    BalasPadam
  5. ni macam kes melepaskan anjing tersepit la..

    BalasPadam
  6. Susah-susah sangat, meh kita pulak yang makan orang!

    BalasPadam
  7. Asal la pompuan tu perangai camtu..
    Takde kesedaran sivik tul la...
    Nak merompak pi la kat bank negara..
    Kat sanakan banyak duit...
    Ni la dia da dibagi madu dibalas hempedu..
    Terrorist..

    BalasPadam