Jual rambut RM17,000
Seorang gadis yang hidup di kawasan setinggan di Rio de Janeiro sanggup membelanjakan RM2,000 setahun untuk membeli syampu bagi merawat rambutnya yang tidak pernah dipotong sejak lahir.
Natasha Moraes de Andrade juga menghabiskan masa satu setengah jam sehari untuk menyikat rambutnya.
Ia adalah antara pelbagai kerumitan dilalui Natasha, 12, yang menguruskan rambutnya sepanjang 157.6 sentimeter, atau 2.5 sentimeter lebih pendek berbanding ketinggian fizikalnya.
Media semalam melaporkan, Natasha perlu menjinjing rambutnya jika bergerak ke mana-mana, selain kipas angin di rumahnya tidak boleh dipasang bagi mengelakkan ia kusut.
Kini, Natasha berharap rambut itu membawa laba apabila dia bercadang untuk menjualnya pada harga kira-kira RM17,100.
Kata Natasha, dia sedih apabila rambut itu akhirnya dipotong walaupun dia mengaku berdepan pelbagai kesukaran menjaganya dan hidup terbatas.
Jika berjaya, wang jualan rambut itu akan digunakan Natasha untuk menghias bilik tidurnya.
Sementara itu, ibu Natasha, Catarina, 42, berkata kadang-kadang anaknya itu seperti hidup dalam penjara.
Katanya, Natasha selalu membandingkan dirinya dengan watak cerita rakyat zaman silam, Rapunzel.
Mengikut rekod dunia Guinness, wanita China, Xie Qiuping, menjadi pemilik rambut terpanjang dengan ukuran 5.6 meter. – TS ( Hmetro )
12 comments
rambut pun ade harga.. kalau panjang macam tu takut jadi tempat ternak kutu je..
BalasPadamPerghh punya panjang ._. Sanggup simpan rambut panjang macam Rapunzel
BalasPadamada orang nak beli ke???
BalasPadamuiiii panasnyeeeeee....
BalasPadamnak tau apa kaitan bermulut lancang dengan lancang kuning??? haaaa...kat sini..hehehe
BalasPadamhttp://dabelaa.blogspot.com/2012/03/mulut-lancang-lancang-kuning-apakah.html
haha dasyat n mahal sgt tuuu
BalasPadamhttp://miszatie.blogspot.com/2012/03/my-3rd-year-anniversary.html
Hebakkk bodak ni,teror jaga rambut panjang cam keta api
BalasPadammelampau.. rimasss
BalasPadamrapunzel...
BalasPadamhttp://naziman.com
boleh buat bisnes rambut palsu.
BalasPadamwow~
BalasPadamblh jual ea rambut?
sy dulu pun pernah simpan rambut sampai panjang paras lutut kot. tak pernah potong sejak tingkatan 1 sampai tingkatan 6.
pastu terpaksa potong masa nak masuk U.
kalo tahu blh jual, dah lama jual rambut. hahahh~ ;DD
http://ninimohd.blogspot.com
jual utk dijadikan rambut palsu?errr
BalasPadammas dulu masa kecik xprnh ptong..paras peha..smpai drjh 4 dok teringin rmbut pendek..now kmbli jinak balik..