Alahai.. Kesian Mawi . Dia diikat dan dirompak !

by - Isnin, Mac 26, 2012

 

 

image

Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.

Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.

Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.

“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.

Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.

Sumber – Mstar

You May Also Like

9 comments

  1. ya Allah..
    sib baik mereka tak diapa2 kan.
    lagi lagi si kecil baru lahir tuh.
    hmm..

    BalasPadam
  2. macam dah tak selamat zaman skrg.. macam2 jadi.. makin takot.. nasib la tak diape2 kan..

    BalasPadam
  3. ni bukan kali pertama kisah mawi kena rompak. Hari tu rumah mak ayah dia kat Kulai... sekarang rumah kat Bangi lak... alahai... nasib baik semua selamat.

    BalasPadam
  4. Kesiannya mawi dan keluarga..nasib diaorang tak apa2..

    BalasPadam
  5. Sekarang kisah dirompak ni dah jadi cerita biasa dah kat Malaysia ni... Hurmmmm...

    BalasPadam
  6. astagfirullahalazim , kesian Mawi .
    nasib baik mereka selamt .

    BalasPadam
  7. alhamdulillah semua ok.....

    bangi mmg byk kes, umah sy di bangi pon dah kene pecah masuk , tp alhamdulillah tkde plak kene ikat, tkt gak sbnrnye...peristiwa 2010 masih terngiang2.....

    area umah kami dah wujudkan rukun tetangga...alhamdulillah

    BalasPadam