Jangan perbodohkan diri anda kerana CINTA !

by - Khamis, Mac 22, 2012

 

Cinta antara manusia ni , sepatutnya membawa ke syurga Allah dan bukannya syurga khayalan minda manusia yang pastu ilang tak sampai 5 minit punya .. Aiyoo ..

Kebelakangan ini , ramai anak gadis berstatus dara ,  mudah tertipu dengan tipu daya lelaki yang bersahabatkan syaitan ni .. Sekolah tak abis lagi , dah pandai cerita pasal anak no 4 .. Tu pon plan nak no 5 .. Aiyoo .. Apa celita ini ???? Ini bukan hantu dalam botol tapi ini hantu kacang buncis punya lhooo …

Adik adik dan kawan kawan .. Kita hidup di atas muka bumi Allah ni ,sekali jeeer . Kalau bernasib baik , dapat la merasa dua kali .. Tu pon selepas mati hidup semula.. Confirm insaf punya pastu .. Maka , janganlah rosakkan semata mata cinta yg mengarut tu haa ..

Cuba fikir eh .. Korang dengan sekolah tak abis.. Kalau abis pon , dengan SPM yang gagal sbb malas nak belajar dan plan nak beranak pinak ramai ramai .. Pastu nak nganga kat rumah je ? Nak makan pe ? Kalau laki yg bawak lari tu bergaji besar dan boleh sara hidup anak beranak tanpa perlu buat overtime tu , tak pe la gak . Ni duit rokok dia pon , kena mintak advanced dari bos .. haa.. Camana ?

Aku bukan menidakkan mana mana lelaki atau perempuan. Cuma , kalau masih belajar tu , yang lelaki pon jangan la gatal g ngorat ! Budak bawah umur tu .. Kang tak pasal pasal kena sebat .. Yang perempuan pon , alahai .. miang sangat ke ? Kalau orang tua dulu dulu kata .. tak abis sunat kot ??  Hahahha .. Jangan maraah aaa.. Nampak lucah tapi itulah kenyataan orang dulu dulu yang kita pandang remeh namun hakikatnya kita nampak apa yang dah berlaku sekarang ini .

Teringat kembali cerita orang dulu dulu yang mana banyak menitik beratkan anak dara mereka dengan cerita cerita mengarut tapi ada maksud tersendiri ..

Dan ada kes terbaru di Kuantan , sorang lagi budak remaja perempuan ilang ..  Ilang atau lari , wallahualam.. Gerakan mencari dia , sedang giat dilakukan .. Diorang yg lari ni , ingat nak duduk dalam hutan ke ? Dalam hutan pon ada spy laaa ..

Seorang lagi pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran, pelajar terbabit Nornabila Mat Yaacob didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang rakannya pada Isnin lepas di Jerantut.

"Pihak polis telah menerima laporan kehilangan pelajar itu daripada keluarganya dan polis akan mengedarkan gambar Nornabila bagi mendapatkan kerjasama orang ramai untuk mencarinya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis dialog usaha memerangi jenayah bersama penduduk Taman Tas, dekat sini, malam Rabu. “ – MStar ..

 

Pasni jangan kasi anak dara keluar malam dah ! Dugaan untuk ibu bapa dan anak mereka.. Maka , kita sama sama cari jalan keluar bukan cari salah sapa sapa  ..

You May Also Like

13 comments

  1. zaman sekarang bg remaja cintalah segalanya..bljr dr pengalamn bru kta sedar..jgn mnysal kmdian hari sydah..;-)

    BalasPadam
  2. kesian kat mak ayah dia...malu 1 malaysia..

    BalasPadam
  3. betol tu betol.. sokong 100 %...

    BalasPadam
  4. eh eh header baru lh abam..:)

    hihi..:D

    tu la budak2 sekarang kn..

    BalasPadam
  5. paling risau anak dara yg xreti jaga diri ni.. haish.

    BalasPadam
  6. hurm speechless :(

    sedih...malu...terkilan lihat anak2 zaman la ni..

    owh nice header sukalah ^^

    BalasPadam
  7. Kes sebegini tak semestinya hanya anak-anak dipersalahkan KEMUNGKINAN silap didikan ibu dan bapa dan juga ada kaitan dengan pengaruh persekitaran (cth rakan-rakan/BF dsbnya). Kepada anak-anak yang beremosi jangan terburu-buru membuat keputusan. Ini bukan jalan penyelesaian namun ada jalan penyelesaian. Perbanyakkan Ibadah agar kita dijauhi dari perkara mungkar..

    BalasPadam
  8. betul tu...
    http://misszberceloteh.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. macam2 berlaku zaman skang neh.dulu xde pon :)

    BalasPadam
  10. memang nowadays bnyk kes mcm ni jadi..muda-muda lagi dh xde dara smua. :') poor them.hmm

    BalasPadam
  11. dulu pernah jadi hamba cinta...tpi skunk tidak lagi :)

    BalasPadam
  12. mak ayah kena kawal ketat anak2..kena tau dgn sape dorg berkawan. mana dorg pegi

    jemput join giveaway sy

    http://eerashera.blogspot.com/2012/03/tudung-bawal-online-dan-mini-giveaway.html

    BalasPadam
  13. This is a SHAME. whole M'sia heboh hilang last lari - ada dgn bf - hancur2.

    BalasPadam