Di Christchurch , New Zealand .. Sebuah syarikat menawarkan kemudahan untuk pelancong asing menyewa kereta kebal dan memusnahkan kereta bagi mereka yg nak lepaskan geram atau tekanan !
Kereta kebal yang ditawarkan untuk disewa itu ialah Centurion buatan Britain yang seberat 52 tan dan menggunakan enjin Rolls-Royce V-12 dan digunakan di Vietnam pada awal tahun 1970-an.
Antara mereka yang menyewanya ialah remaja sehingga penduduk yang berusia 80 tahun yang menyewa semasa meraikan hari kelahiran mereka.
Bayaran sewa yang dikenakan ialah sebanyak NZ$450 (RM1,125.84) jika memandu kereta kebal selama 15 minit dan tambahan sebanyak NZ$395 (RM988.31) apabila ia digunakan untuk memusnahkan kereta.
Dasatkan ? Kalau kat Malaysia ni , nak lepaskan tekanan ada yg g karaoke , g memancing , g gym , g mabuk , g melacur , g bertumbuk tapi paling kurang , g masjid dan mengadu pada Allah .. Huhuh ..
Manusia .. itulah kan .. Kita sama je .. Adakalanya terlupa dan terleka. Asyik benar dengan dunia. Bila keranda dah dibawa depan mata , baru mengelabah tak tentu hala ..