Seminggu yang lepas … Bila pegang Qhaliff , ubun ubun dia lembut sangat dan berbentuk LOVE .. Dan hingga hari ni , ubun ubun tu masih ada tapi dah makin kurang .. Bila mak aku persoalkan kenapa masih ada lagi , maka aku terkecut perut jap .. Peliknya bila nurse check , dia tak kata apa apa lak ..
Hurm.. aku google cari info mengenai ubun-ubun bayi .. Jumpa ..
“ Ubun-ubun (bahagian lembut di kepala bayi), dikenali dalam bahasa saintifik sebagai "frontal lobe". Manusia dilahirkan berkepala besar. Tak percaya, tengok bayi yang baru lahir. 1/4 dari keseluruhan badannya adalah kepalanya sahaja.
Namun begitu, bukaan pada pintu rahim (uterus) ibu adalah kecil sahaja, tidak dapat memuatkan kepala bayi yang besar ini ketika kelahiran.
Atas disebabkan itulah, adanya ubun-ubun. Ubun-ubun yang lembut ini, dapat melalui bukaan pintu rahim sang ibu tersebut. Kerana itulah bayi yang baru lahir, ada yang kepalanya lonjong. Namun lonjong ini untuk seketika sahaja, dalam tempoh 2,3 minggu akan kembali ke bentuk asalnya.
Selepas bayi tersebut membesar, ubun-ubun akan semakin hilang/mengeras, lalu bercantum menjadi tempurung kepala yang keras, biasanya dalam tempoh 2 tahun.
Ubun-ubun dalam Al-Quran
Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti(berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
Maksudnya:
Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.
Prof. Muhammad Yusuf Sakr memaparkan bahwa tugas bagian otak yang ada di ubun-ubun manusia adalah mengarahkan perilaku seseorang. “Kalau orang mau berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga, kalau ia mau berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun.”
Ubun-ubun dalam wudhu'- Meratakan air ke ubun-ubun.
Ubun-ubun dalam masyarakat melayu
Sejak kecil, ubun-ubun menjadi perhatian terutamanya kawasan ini adalah kerangka tengkorak lembut ketika bayi dan tengkorak terakhir yang keras. Semasa kecil juga ubun-ubun menjadi rujukan atau petanda untuk menilai keaadaan bayi. Ada yang mengatakan apabila ubun-ubun lekuk ke dalam menandakan bayi terkejut. Ada juga yang mengandaikan bayi demam, kembung, lapar dan sebagainya.
Selain itu ubun-ubun juga tempat orang selalu bacakan doa. Kita selalu dengar 'bacakan doa pada ubun-ubun anak ketika mereka tidur' dan sunat membacakan doa sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun isteri selepas nikah.
Sumber dari EJAU
Bila dah baca pasal ubun ubun ni , sedikit sebanyak lega sedikit la .. Jangakamasa ilang ubun ubun yang timbul tu antara 6 –20 bulan .. InsyaAllah ..
Banyak info sebenarnya di internet tapi kena tau gak la sapa penulisnya dan dari mana info tu dia dapat .. Kalau tak ? Boleh jadi salah faham nant ..