Wahai anakku , Muhammad Qhaliff Iman ..

by - Selasa, April 10, 2012

 

image

Anakku ..

Ayahmu tiada harta untuk diwariskan padamu ..

Apa yang boleh ayahmu ini janjikan ialah isikan dadamu itu dengan ilmu dunia akhirat …

Carilah ilmu selagi boleh anakku .. Kerana itulah saja mampu ayahmu ini berikan .. Dengan ilmu itu kelak , wahai anakku .. Kau binalah kehidupanmu itu dan jangan sesekali ketepikan Islam , agama yang kita cintai ini ..

 

Anakku ..

Ayah tidak akan memberikan kemewahan dunia untuk mu. Kamu perlu berusaha sendiri dengan titik peluh mu  itu .. Dengan ilmu yang dipelajari , jadilah insan yang berguna pada agama , negara dan masyarakat . Apa guna wang ringgit berlambak tapi sedikit pon tidak berbakti ?

Ayah tahu kamu mampu lakukan kerana ibu mu juga berjaya melakukannya ..  Keturunan mu berjaya melakukannya walaupun mereka bukan jutawan tapi tidak seorang pon menyusahkan orang lain..

 

Anakku ..

Andai kamu membaca luahan ayah ini , ketahuilah .. ayah akan berusaha mendidikmu dengan melebihi dari apa yang ayah pernah dapat dulu .. Jadilah  manusia yang berguna ..

Jangan sesekali ketepian agama kerana dunia , wahai anakku. Ingat pesan ayah , andai kamu membaca satu hari nanti. Kalau tak baca , jangan risau , ayah akan buat vlog dan jadikan harta peninggalan buat mu ..

Dah , gi tidur .. 

You May Also Like

35 comments

  1. aminn. semoga menjadi anak soleh :)

    BalasPadam
  2. syahdu membacanya..aminn :) semoga Qhaliff menjadi seorang insan yang berjaya dunia dan akhirat

    BalasPadam
  3. syahdu membacanya aminn :) semoga Qhaliff menjadi insan yang berjaya dunia akhirat

    BalasPadam
  4. Alahaii , kacau ar ayat ' dah pergi tidur ' tuu , -.-'

    BalasPadam
  5. khas untuk papa Ben..=)
    http://pz2504.blogspot.com/2012/04/terfeeling-kejap.html

    BalasPadam
  6. indah kan saat2 macam ni.....kalau boleh setiap inci tubuh anak kita nak belek.anugerah Allah ini lebih hebat dari harta yang kita miliki walau seluruh dunia......

    BalasPadam
  7. hehe..last2, macam lucu pula.. "dah, g tidur".. lucu laa..hahaha..~

    BalasPadam
  8. tersentuh plak ati membaca nukilan ni........
    Semoga Qhaliff mjadi anak yg soleh, mdgr kata...

    BalasPadam
  9. mule2 bce terasa syahdu jer...tp bila smpi ayat last jer tetibe ketawa...kui3..."Dah , gi tidur .." hahaha...^_^

    BalasPadam
  10. terharu sungguh rasa bila baca luahan dan amanah ini. insyaAllah, qhaliff akan mnjadi anak yg baik hasil didikan drpd keluarga yg baik . :)

    BalasPadam
  11. Yeyyy~! Abg ben lepas ni nak buat Vlog plak. Nak tengok la. =)

    BalasPadam
  12. Amin.. semoga Qhaliff dapat jadi insan yang berguna dunia dan akhirat..=)

    BalasPadam
  13. dok felling2... Hingga air mata hampir kluar.
    Skali klimaksnya alahai...
    Dahhh..
    Qhaliff iman, jom tidur..

    BalasPadam
  14. tiada siapa yg mengharapkan keburukan buat anak mereka...
    cer fikir..ada ke mak bapak bg nama firaun kat anak deme..sebb sudah pasti mereka mgharapkan yg terbaik buat anak2

    BalasPadam
  15. huh saya lak yang terharuu T_T
    Aminnn... :))

    BalasPadam
  16. jarang sekali dpt baca incik ben berbicara sebegitu..... memang sayu + terharu jek saya membacanya....

    BalasPadam
  17. ala..sedihnyer...Qhaliff dah tido?

    BalasPadam
  18. yang akhirnya lawak pulak^^

    BalasPadam
  19. Aloo, tertouching pulok.. Semua parents kat dunia mengharapkan benda yang sama dari anak2 mereka..

    BalasPadam
  20. Wah shantek gambar tu bole buat frame. Nnt qhaliff dah abes pantang bole amek gambar kat studio pulak eh.

    Ingat tu pesan ayah tau qhaliff.

    BalasPadam
  21. a.ben ni buat iejah menangis la..
    teringat kat abah iejah,dy xberhenti menasihati iejah walaupun iejah dah ade suami..Abah,maafkan iejah!!! T.T

    BalasPadam
  22. insyaAllah amin..

    BalasPadam
  23. mak si anak baca sambil lap air mata..huhuh

    BalasPadam
  24. eh a.ben..baru perasan yg iejah comments pakai blog org lain,lolx..iejah tgh editkn blog org tu,aduhai..xpe la,halalkn jela. =D

    BalasPadam
  25. Bagus! Sekalipun Ben jutawan, anak Ben patut dididik untuk tidak tenggelam dalam kemewahan dunia.


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Dinding di hadapan untuk orang buta

    [U] My Backyard Extension Phase 1

    [U] Malang menanti si buta di hadapan!

    BalasPadam
  26. Insyaallah bro... didik dia sebaik-baiknya :)

    BalasPadam
  27. Amennn....insya Allah, semuanya akan berlaku dengan baik....

    BalasPadam
  28. insyaAllah, didik little Qhaliff baik-2 :D

    BalasPadam
  29. amboi, bukan main lagi berpuitis pula kan, ^^

    BalasPadam
  30. (: sungguh puitis. ni lah pesanan ayah utk ank dia.

    BalasPadam
  31. amin..semoga MUHAMMAD QHALIF IMAN menjadi anak yang soleh.Didiklah ia semnjak dari kecil lagi.Semoga ia menjadi permata yang bergemerlapan yang menyinari seluruh isi rumah dengan kilauan IMAN serta kebahagiaan yang berpanjangan. Didiklah anak mengikut corak dan cara ISLAM yang sebenar...Insyallah Bak kata orang,meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Insyallah dengan usaha dari ibu bapa yang mementingkan ilmu adalah segala2nya maka anak2 akan mengikut contoh dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai idol mereka untuk mereka berjaya...insyallah..amin... :)

    Sebelum tu,,nk ucapkan tahniah atas kelahiran permata sulung....kirimsalam pada isteri tercinta ye

    BalasPadam
  32. satu doa buat Qhaliff. Aamiin. semoga dia akan menjadi org yang berguna kepada semua, menjadi kebanggaan kepada ayah dan ibunya :)

    semua blogger mendoakan yg terbaik, InsyaAllah... semoga menjadi anak yg baik Qhaliff... :)

    BalasPadam