Wahai anakku , Muhammad Qhaliff Iman ..
Anakku ..
Ayahmu tiada harta untuk diwariskan padamu ..
Apa yang boleh ayahmu ini janjikan ialah isikan dadamu itu dengan ilmu dunia akhirat …
Carilah ilmu selagi boleh anakku .. Kerana itulah saja mampu ayahmu ini berikan .. Dengan ilmu itu kelak , wahai anakku .. Kau binalah kehidupanmu itu dan jangan sesekali ketepikan Islam , agama yang kita cintai ini ..
Anakku ..
Ayah tidak akan memberikan kemewahan dunia untuk mu. Kamu perlu berusaha sendiri dengan titik peluh mu itu .. Dengan ilmu yang dipelajari , jadilah insan yang berguna pada agama , negara dan masyarakat . Apa guna wang ringgit berlambak tapi sedikit pon tidak berbakti ?
Ayah tahu kamu mampu lakukan kerana ibu mu juga berjaya melakukannya .. Keturunan mu berjaya melakukannya walaupun mereka bukan jutawan tapi tidak seorang pon menyusahkan orang lain..
Anakku ..
Andai kamu membaca luahan ayah ini , ketahuilah .. ayah akan berusaha mendidikmu dengan melebihi dari apa yang ayah pernah dapat dulu .. Jadilah manusia yang berguna ..
Jangan sesekali ketepian agama kerana dunia , wahai anakku. Ingat pesan ayah , andai kamu membaca satu hari nanti. Kalau tak baca , jangan risau , ayah akan buat vlog dan jadikan harta peninggalan buat mu ..
Dah , gi tidur ..
35 comments
aminn. semoga menjadi anak soleh :)
BalasPadamsyahdu membacanya..aminn :) semoga Qhaliff menjadi seorang insan yang berjaya dunia dan akhirat
BalasPadamsyahdu membacanya aminn :) semoga Qhaliff menjadi insan yang berjaya dunia akhirat
BalasPadamAlahaii , kacau ar ayat ' dah pergi tidur ' tuu , -.-'
BalasPadamkhas untuk papa Ben..=)
BalasPadamhttp://pz2504.blogspot.com/2012/04/terfeeling-kejap.html
indah kan saat2 macam ni.....kalau boleh setiap inci tubuh anak kita nak belek.anugerah Allah ini lebih hebat dari harta yang kita miliki walau seluruh dunia......
BalasPadamhehe..last2, macam lucu pula.. "dah, g tidur".. lucu laa..hahaha..~
BalasPadamQhaliff Imann .
BalasPadamIngat tuu !! ;)
tersentuh plak ati membaca nukilan ni........
BalasPadamSemoga Qhaliff mjadi anak yg soleh, mdgr kata...
mule2 bce terasa syahdu jer...tp bila smpi ayat last jer tetibe ketawa...kui3..."Dah , gi tidur .." hahaha...^_^
BalasPadamterharu sungguh rasa bila baca luahan dan amanah ini. insyaAllah, qhaliff akan mnjadi anak yg baik hasil didikan drpd keluarga yg baik . :)
BalasPadamYeyyy~! Abg ben lepas ni nak buat Vlog plak. Nak tengok la. =)
BalasPadamAmin.. semoga Qhaliff dapat jadi insan yang berguna dunia dan akhirat..=)
BalasPadamdok felling2... Hingga air mata hampir kluar.
BalasPadamSkali klimaksnya alahai...
Dahhh..
Qhaliff iman, jom tidur..
tiada siapa yg mengharapkan keburukan buat anak mereka...
BalasPadamcer fikir..ada ke mak bapak bg nama firaun kat anak deme..sebb sudah pasti mereka mgharapkan yg terbaik buat anak2
huh saya lak yang terharuu T_T
BalasPadamAminnn... :))
jarang sekali dpt baca incik ben berbicara sebegitu..... memang sayu + terharu jek saya membacanya....
BalasPadamala..sedihnyer...Qhaliff dah tido?
BalasPadamyang akhirnya lawak pulak^^
BalasPadamAloo, tertouching pulok.. Semua parents kat dunia mengharapkan benda yang sama dari anak2 mereka..
BalasPadamWah shantek gambar tu bole buat frame. Nnt qhaliff dah abes pantang bole amek gambar kat studio pulak eh.
BalasPadamIngat tu pesan ayah tau qhaliff.
terharu pulak. :')
BalasPadama.ben ni buat iejah menangis la..
BalasPadamteringat kat abah iejah,dy xberhenti menasihati iejah walaupun iejah dah ade suami..Abah,maafkan iejah!!! T.T
insyaAllah amin..
BalasPadamSo sweet
BalasPadamTahniah Ben! :)
mak si anak baca sambil lap air mata..huhuh
BalasPadameh a.ben..baru perasan yg iejah comments pakai blog org lain,lolx..iejah tgh editkn blog org tu,aduhai..xpe la,halalkn jela. =D
BalasPadamBagus! Sekalipun Ben jutawan, anak Ben patut dididik untuk tidak tenggelam dalam kemewahan dunia.
BalasPadamTerbaru dari Logokoko:
[U] Dinding di hadapan untuk orang buta
[U] My Backyard Extension Phase 1
[U] Malang menanti si buta di hadapan!
Insyaallah bro... didik dia sebaik-baiknya :)
BalasPadamAmennn....insya Allah, semuanya akan berlaku dengan baik....
BalasPadaminsyaAllah, didik little Qhaliff baik-2 :D
BalasPadamamboi, bukan main lagi berpuitis pula kan, ^^
BalasPadam(: sungguh puitis. ni lah pesanan ayah utk ank dia.
BalasPadamamin..semoga MUHAMMAD QHALIF IMAN menjadi anak yang soleh.Didiklah ia semnjak dari kecil lagi.Semoga ia menjadi permata yang bergemerlapan yang menyinari seluruh isi rumah dengan kilauan IMAN serta kebahagiaan yang berpanjangan. Didiklah anak mengikut corak dan cara ISLAM yang sebenar...Insyallah Bak kata orang,meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Insyallah dengan usaha dari ibu bapa yang mementingkan ilmu adalah segala2nya maka anak2 akan mengikut contoh dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai idol mereka untuk mereka berjaya...insyallah..amin... :)
BalasPadamSebelum tu,,nk ucapkan tahniah atas kelahiran permata sulung....kirimsalam pada isteri tercinta ye
satu doa buat Qhaliff. Aamiin. semoga dia akan menjadi org yang berguna kepada semua, menjadi kebanggaan kepada ayah dan ibunya :)
BalasPadamsemua blogger mendoakan yg terbaik, InsyaAllah... semoga menjadi anak yg baik Qhaliff... :)