Gambar menunjukkan Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya .
Hurm.. Ianya satu realiti.. Bukan fantasi sapa sapa pon . Memang kita sedia maklum ada ibu bapa terutamanya si bapa ‘ajar’ anak kecilnya memandu kereta atau motorsikal . Kecil kecil lagi dah ajar duduk tempat pemandu dan pegang stering ..
Budak zaman sekarang ni cepat tangkap perkara baru .. Pantas mereka praktikkan bila berpeluang ..
Bila mereka cuai atau leka , si anak kecil ni ambil kesempatan . Pegang stering , atau gear .. Maka ?
Masa ni baru nak terjerit atau nak babap si kecil tu ?
Anak aku ni ? Nak pegang stering ? Hehehe .. Meh aku cerita skit .. Aku pegang stering kereta pada umur 28 tahun .. Amik lesen dengan duit sendiri .. Motor ? Bapak aku tak kasi aku bawak ! Dalam erti kata lain , aku dengar cakap bapak aku .. Nak apa apa ,usaha sendiri ! Nak pandu kereta , beli kereta sendiri .. guna duit sendiri ! Jangan kacau harta orang lain walaupun adik beradik sendiri ..
Dan aku faham.. Tak mati pon kan ? Maksud aku , tak mati pon tak bawak kereta zaman muda dulu.. Best pe naik lrt atau bas mini..