Aku diitawarkan untuk ke Bali , percuma ! Aku dan Broframestone .. Segalanya ditanggung .. Amacam ? Best tak ? Walaupun sekadar Bali , ianya satu penghormatan .. Ditawarkan pon dah cukup bagus .. Itu menunjukkan blog kita , walaupun nampak cam ‘sampah’ tapi ‘emas’ pada orang lain !
Kadang-kadang ada diantara mereka ini tanya aku ..
“ Ben , u ada sapa sapa tak untuk u rekemenkan pada kami untuk diketengahkan ? “ . Akuu garu kepala aku yang tak gatal ni ..
Kalau tahun lepas , mungkin aku ada ramai untuk disenaraipendekkan .. Tapi tahun ni , aku dah mula kenal hati budi blogger yang pernah rapat dengan aku satu tika dulu , aku kembali fikir semula untuk mencadangkan nama mereka ..
Bukan aku tak nak berkongsi .. tapi ramai yg tikam belakang aku semula selepas mereka ‘punya nama’ .. Kecewa dan sedih .. Sepatutnya , kita bersatu dan amalkan satu sikap , ‘ ada makan , sama sama makan .. Perlu tolong , sama sama tolong .. ‘ ..
Tapi malangnya … aku tak nampak dah semua ni .. Hanya segelintir saja yang punya sikap yang ‘sama sama makan’ ni dan mereka terdiri dari blogger yang cukup berpengalaman dalam dunia maya ni .. Bukan melibatkan penulisan tapi pergaulan ..
Pengalaman mematangkan aku .. Cukup cukuplah ..
Banyak projek untuk blogger .. tapi sayangnya ,tak ramai mampu beri komitmen untuk menulis dan berdisiplin .. Hurm ..