Dulu kan , 2 setengah tahun dulu kan .. aku mula mula berblog dan mula jumpa kawan kawan blogger , kebanyakkan terdiri dari mereka yang masih muda lagi ..
Aku terfikir masa tu apakah blog aku ni cuma dibaca oleh generasi muda ? Bagaimana aku nak tarik mereka yang terdiri dari golongan bekerjaya besar dan punya citarasa yang tinggi ? Hurm .. Strategi di pasang .. Mengena … Aku tersenyum .. Alhamdulillah , segalanya berdasarkan pengalaman pahit manis aku sebagai manusia yang aku gunakan ke atas blog aku ni ..
Dari situ , aku mula aturkan langkah kaki aku untuk pergi lebih jauh dalam dunia blog ni .. Aku tak nak dikenali sebagai ‘sekadar blogger’ tetapi blogger yang memainkan peranan membentuk masyarakat yang positif ( termasuk aku ) pemikirannya serta berdaya maju ( termasuk aku ) .
Alhamdulillah , berkat komen dari rakan rakan yang berbentuk positif mahupun negatif , aku gunakan untuk tingkat lagi penulisan aku dari sehari ke sehari ..
Petang semalam , satu sejarah peribadi terukir sbg blogger . Satu sesi dialog antara blogger / media online bersama Institut Integriti Malaysia telah berlansung untuk kali ke berapa aku tak pasti .. 2 kot tak silap aku … ke 3 ? Er .. tak kisah la..
Dan aku dijemput hadir untuk menyertainya ! Yang membuatkan aku terbeliak sebentar , tuuuu .. nama aku no 1 tuu di antara semua tetamu yang dijemput hadir .. huhu .. Bangga jap .. hehe ..
Bila aku tengok muka muka yang hadir , sorang pon aku tak kenal !! Hahahaha .. betapa aku masih di dalam tempurung dalam dunia blog ni .. Huhuh ..
Seorang demi seorang menceritakan latar blog mereka .. Aku segan nak cerita .. Maklumlah .. blog picisan … huhu.. Dan mereka ni adalah blogger yg punya pengalaman hidup yang jauh menarik dari aku untuk diceritakan dalam blog mereka ..
Bila aku nampak kehadiran Prof. Dr Chandra Muzaffar , semangat aku terus berkobar kobar untuk menghayati sesi dialog ni .. Huhuh ..
Dan akhirnya , aku dapat buat satu kesimpulan yang menarik .. Tak sia sia aku berblog ! Bukan kerna nama .. Bukan mengejar populariti .. Tapi sebenarnya .. Cukup mudah , untuk berkongsi ..
Yang lain itu adalah ganjaran hasil penat lelah memerah otak .. Apa saja kita buat dengan bersungguh-sungguh , ada ganjarannya di kemudian hari ..
Aku berbangga berada di sini , petang semalam .. Ini dikatakan bukan calang calang orang yang dijemput hadir .. Aku je la tak .. huhu .. Segan wooo.. Tak bersuara aku …
Tapi bila aku bersuara .. ada yang terkedu .. Maaf la yer .. Saya tak berprotokol kerana saya meluahkan pendapat tanpa bertapis .. Huhu ..
Habis la aku pasni .. Nasib baik ISA dah dimansuhkan.. hahaha ..