Percubaan kali ke-3 membawa Qhaliff ke Alamanda .. Memula dengan stroller .. Nehh , dia agak kurang berminat untuk duduk dlm tu walaupun sangatlah selesa , bagi aku laa .. Mungkin kecik lagi kot ? Tunggu besar skit laa ..
Percubaan kali – 2 pon menemui kegagalan kerana seperti percubaan kali pertama , dia asik nak menyusu jer .. Nak tak nak , kena balik gak laa.. Bagi bagi susu botol pon dia tetap nangis nak menyusu .. Atau nak bagi diam , kena dukung .. Tu dia diam laa .. Masalahnya , sakit belakang tu kalau dah lama lama ..
Percubaan kali ke –3 ..
Hurmm .. Aku ngan wife pakat nak guna baby carrier , BabyBjorn yang aku dpt dari Mothercare .. Nilah masa yang sesuai untuk gunakannya .. heheh ..
Bila sampai kat Alamanda , Qhaliff dah ‘lepak’ dalam tu .. Aku tengok dia .. Dia tak tgk aku pon sbbnya … Dia dah pakat tidurrrr !!! Mak aaiihh .. Baru je masuk dalam tu , dia dah lena ?? Takkan sedap betul kot dalam tu ? Ni yang aku jeles ni …
Dari jalan jalan kat Alamanda tu hinggalah g shopping kat Carrefour tu , Qhaliff masih lenaaa ..
Dulu kan , bila aku tengok ada lelaki buat cam ni kan , aku fikir , ‘ Tak lemas ke baby duduk dalam tu ? ‘ .. Tapi bila aku sendiri dah alaminya dan tengok sendiri Qhaliff yang kuat ‘ komplen ‘ bila keadaan tak selesa, dia diam dan tenang .. Tidur lenaaaa tuuu ..
Dan paling menariknya , badan aku tak sakit langsung terutama bahagian belakang badan .. Aku rasa macam tak dukung baby pon .. Sbb tu la aku senantiasa pegang kepala dan bahagian punggung dia supaya aku senantiasa alert bahawa Qhaliff ada pada aku !! Hahaha .. Sampai gitu sekali aihh ..
Dan nak lagi menarik kan , si wife dh berbunyi , ‘ Camni punya gayaaa , ari ari laa g shopping complex !! ‘ …
Amboi amboiiii .. suka sukaaaa jeee… Setelah satu jam setengah dok mundar mandir kat Alamanda tu , baru Qhaliff sedar dan teriak nak susuuu .. nk susuuuu .. Dan cam biasa , kitorang confirm kalut sbb suara Qhaliff ala ala Amy Search dok bantai rock n roll !!
Tadi ada kawan tanya mengenai baby carrier ni .. Boleh dptkan di premis Mothercare yang berhampiran dengan anda … Cara gunanya , mudah sekali .. Ada pelan cara guna kat situ gak ..
Serius , legaaa sangat … Huhuh ..