Jangan buat kerja gila , adik ..

by - Selasa, Jun 12, 2012

 

Kehilangan misteri tiga kanak-kanak lelaki sejak Sabtu lalu terjawab apabila mangsa yang dijumpai selamat mengaku ‘mengembara’ menaiki basikal sejauh lebih 30 kilometer untuk mandi di air terjun serta berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah di Jelapang, Ipoh, di sini.

Tiga kanak-kanak itu, P Muganasundram, S Vijay dan Muhamad Nazir Hussen masing-masing berusia 12 tahun turut memberitahu tidur di kaki lima sebuah stesen minyak selepas bimbang ditahan polis.

Ketiga-tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Muhibbah, di sini, mencetuskan panik ibu bapa dan pihak sekolah selepas dilaporkan hilang sejurus keluar dari rumah mereka di Taman Lintang, di sini, jam 7 pagi Sabtu lalu, sebelum ditemui semula kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Mereka mendakwa mahu pergi ke sekolah bagi menghadiri kelas tambahan bagaimanapun tidak pulang ke rumah hingga lewat malam sebelum ahli keluarga membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Siput berikutan bimbang pelajar itu menjadi mangsa culik. “ –Hmetro

Kanak-kanak semasa membesar punya jalan cerita hidup yang tersendiri . Zaman ni , ramai ibu bapa memilih dengan mengawal anak mereka dengan ‘meletakkan ‘ dalam rumh dan dibagi permainan video mahupun komputer atau apa saja asalkan tak keluar rumah bermain. Alasan , bahaya !

Ada betulnya . Sewaktu zaman aku dulu , aku dan rakan rakan sendiri merayau terlalu jauh dari rumah hingga bermain di tepi lombong dan juga hutan belukar. Siap buat khemah dalam hutan lagi .. Dan aktiviti aku tu tak diketahui ibu bapa aku ! Mujur malang tidak menimpa kitorang .. Namun aku tetap utamakan langkah langkah keselamatan seperti tidak mandi lombong dan sebagainya tetapi ia tetap satu perbuatan yang salah .. Kesian kat mak ayah kalau jadi apa apa kn ?

Tapi  jika mengongkong anak di rumah saja dianggap jalan terbaik , bagi aku , salah juga tu .. Anak anak pasti memberontak. Sekali terlepas, mereka akan gunakan dengan sebaiknya. Bagi aku , sebagai ibu bapa , kita kena dedahkan mereka dengan persekitaran mereka dibawah kawalan kita. Contoh , bawa mereka bermain bolasepak di padang dan kita sendiri turut main bersama.. Ajak beriadah di tepi pantai bersama sama dan ajar tentang bahayanya air ( sungai / laut / kolam ) jika tidak tahu berenang atau sebagainya ..

Yang penting , sebagai ibu bapa , mata jangan lepas langsung dari anak anak kita .. Aku bukanlah cakap pandai tapi aku cakap berdasarkan pengalaman aku sebagai kanak kanak yang pandai menyembunyikan aktiviti aku dari mak ayah. Dan bukan aku seorang saja yer ! Aku pasti ramai antara kita , macam tu gak kan ? a

You May Also Like

8 comments

  1. Betul tu Ben, bdk2 skrg suka bertindak tanpa membertahu ibubapa. WAJIB diajar dr kecil, mana2 nak pergi kena minta izin.

    BalasPadam
  2. berani sungguh budak budak zaman sekarang ni..

    BalasPadam
  3. munkin anak tu kecik lagi br 4 tahun ... die mmg tak minat nk main kat luar ...
    ape yg aktiviti luar aku tak suruh die try dan beli kan ttp dlm rumah ngadap andriod & laptop .... TV lagi 1...

    sebagai ibu aku dah ajar dah cara hidup sihat tp die tak mo ...putera lilin....munkin kecik lagi kot .... tgu dah besar adek die teman hidup pun dah besar br nk sama2 bermain...

    BalasPadam
  4. Masa umur saya 5 tahun saya boleh pergi kedai runcit yang jauh dengan kawan-kawan seusia je siap lintas jalan besar, tanpa pengetahuan mak abah saya..bukan sekali tapi berkali-kali, tapi sekarang anak nak main bola depan rumah seorang pun saya susah nak bagi kecuali ada pemantauan saya ataupun suami..

    BalasPadam
  5. hahahaha...sama ler ngan kita waktu kecik2 dlu...tak puas kat rumah...nak mengembara jejauh...motor takleh naik lagi...basikal pon bleh la...janji sampai...

    BalasPadam
  6. assalam, betul tu, bahaya ada di mana-mana...kalau dah kena baru nak menyesal, apapun tak guna...ibu bapa sekarang ni perlu pantau anak2 pergi ke mana....kalau boleh pergilah bersama anak-anak jika mereka mahu ke mana-mana.

    BalasPadam
  7. bahay juga kerja dorang ni kan...
    betul tu Ben.. tak kira kemana juga anak nak pegi mesti selidik dan ambil tahu secara teliti agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku..
    Anak adalah anugerah paling mahal utk kita sebagai ibu bapa.. jadi kenalah jaga anugerah tu sebaik yang mungkin..

    BalasPadam
  8. Itulah ramai anak2 yg liar dan obesiti sekarang ni..Asyik terkurung dlm rumah..Berbanding dgn zaman akak dulu cari ikan pelaga tepi lombong pandai panjat dan bergayut kat pokok jambu..

    La ni sukar nak jumpa dah budak2 pajat pokok..Mak bapak pun salah asyik mengadap laptop dan internet je hari ni..

    Sesekali keluarga kena jalan kaki guna kaki ayam..Kita ni berasal dr tanah kena cas dgn tanah juga aktiviti sihat tu.

    kdg2 teringin ajak anak berlari kat padang tapi dia lari x balik2 penat kejar nanti semput..Beginilah keadaan anak2 istimewaku..Senaman kat tangga rumah je..

    BalasPadam