Aku spesis susah nak senyum . Tapi kalau dh start senyum , aku akan sentiasa senyum sampai orang nak menyampah tengok .. hehe ..
Setiap pagi , bila bangun tidur , aku akan tengok muka Qhaliff .. Bila dia sedar , dia akan pandang sana sini dulu . Kemudian baru tengok muka ayah dia .. Selagi aku tak senyum , selagi tu dia pon wat dek .. Nak tak nak , aku senyum dulu kat dia .. Kemudian dia akan balas dengan satu senyuman yang cukup buat aku rasa bertenaga penuh .. Menakjubkan bukan ? Satu senyuman mampu buat seseorang itu berubah mood ..
Sesungguhnya , ciptaan Allah yang kecil ni sebenarnya mengajar kita yang kononnya dewasa dan matang ini erti kehidupan .. Mereka pembersih berbanding sesetengah orang dewasa yang tak reti langsung jaga kebersihan .. Dan banyak lagi sebenarnya .. Kita hanya perlu buka mata dan berfikir ..
Kehadiran Qhaliff sebenarnya membuatkan aku rasa lebih berseri. Betullah kata mereka yang berpengalaman , anak kecil ni banyak karenah tapi merekalah yang buat kita tersenyum senantiasa ..
Tak caya ? Cubalah ..