Manual
Atau
Elektrik
Wife dah bersuara .. Nak beli yang elektri punya pam susu .. Aku ok kan jer .. Yelah , susu untuk anak kan ? Bukan nak bagi yogurt atau kuih muih .. Anak gak nak makan.. Lagi pon senang untuk aku sbb stok ada banyak bila Qhaliff kelaparan .. Hehe ..
Katanya , katanya laa guna manual ni lenguh tapi jimat la sbb harga murah berbanding elektrik yang harganya boleh mencapai harga beribu ringgit .. Tu yang bagus punya la . Yang kurang bagus , tak pasti lak harganya .. hehe ..
Ada baik dan juga kelemahan dua dua ni .. Tapi kalau yang mampu tu , apa salahnya bagi kat isteri satu kan ? Cuma aku tak pasti la pengalaman mereka yang dah pernah guna elektrik ni .. Apa pendapat korang ?
Dan kat mana ada jual yang bagus tapi harga berpatutan. Maklumlah , ada yang jual harga serupa beli Ferrari sebijik haaa ..
Sekadar info :
SUSU badan yang dipam boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh bertahan antara tiga hingga enam bulan. - Kosmo