Entah selepas aku siapkan entri pasal rakan blogger yang sedang derita sakit kansernya ( rujuk SINI ), tiba-tiba mata aku jadi kabur. Segala apa yang aku pandang , nampak mcm ada dua .. Nasib baik wife tak de masa tu. Kalau nampak dua gak , sahih naya aku ..
“ Eh , ada dua bini aku .. “ . Bayangkan tersasul begitu .. Perghh.. Beraya aku sengsorang .. hahaha ..
Tapi serius wehh .. Aku tak leh nak tidur . Terlalu pening dan sengal segala sendi yang ada .. Aku tak tau apa puncanya. Tiba-tiba jer ..
Bila aku fikir fikir semula apa yang aku makan minum masa berbuka tadi , aku rasa aku bedal satu jug air tebu dan sebelum aku buat entri tu , satu lag jug .. Takkan air tebu kot ? Pernah la aku dengar bapak aku kata air tebu ni bisa . Takat mana bisa tu , aku tak pernah la tau .. Cuma orang ada diabetis tak leh minum.. Tu kata bapak aku yang takde sijil kedoktoran la ..
Aku mmg dah tak larat dah .. Mengucap dah masa tu . Kot innalillah terus .. Mana la tauuu .. Tiba-tiba bantuan datang ..Tapi bukan geng Wonder Pets laa .. Dan alhamdulillah , aku dapat tidur dengan lenanya selepas itu dan jaga dengan segarnya walaupun ada gak terhoyong hayang .
Insaf dah nak berlebihan ! Tamo tamo tamooo ..