Doa buat sahabat bloggerku , JAI RAMLEE

 

DSC_0079

Kali pertama aku jumpa Jai Ramlee di satu event apa tah kat Jalan Ampang ..  Terus terang , aku tak kenal dia masa tu tapi dia menegur aku dan berbual seolah olah dah kenal lama .. Sejak tu , setiap kali jumpa pasti bertepuk tampar punya ..

Tapi jauh dilubuk hatinya , dia sembunyikan sesuatu yang mana sukar kita nak nampak .. Aku mengetahuinya dari seorang rakan blogger yang menceritakan mengenai penderitaannya pada aku. Simpati. Pernah juga aku nasihatkan dia tapi .. hurm ..

Perkembangannya aku selalu ikuti dari rakan dan juga bertanya khabar setiap kali berpeluang berbual di FACEBOOK .. Dia mmg bijak menyembunyikan penderitaannya hinggalah satu hari tu , aku bersua dengan dia di event Dutch Lady dan kepala dia dah botak .. Aku dah syak sesuatu tapi aku tak sampai hati nak tanya. Aku saja layan untuk hiburkan hati dia dan tak nak bukak cerita pasal kesihatan dia takut dia terasa ..

Hurm … hinggalah semalam , aku ditarik masuk ke satu group rahsia yang dibuat oleh bro Eyriqazz dan aku terkejut membaca beberapa kenyataan di situ ..

 

Rasanya most of us dah tau tentang keadaan Je Jai kan? Lung cancer, stage 4... last time jumpa dia berbuka puasa di Cititel Hotel, dia kasitau dia dah mula muntah2 darah...Saya,AE, dan Kak red ada usulkan utk buat blog post mohon sumbangan utk membantu dia,tapi ditolak ..Katanya biarla people tak tau keadaan dia..Last time masa dia bantu projek Celcom ,saya hulurkan duit, menitik air matanya..Katanya...Aku tolong ikhlas...Sebagai kawan...

 

Terkedu .. Dia tak nak menyusahkan kawan kawan dia tapi tapi rakan rakan dia tetap nak bantu dia .. Korang leh baca dengan lebih lanjut di blog Eyriqazz ..

Sama sama kita doakan bro Jai ..

Ya Allah , jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya “ .

Kuatkan semangat bro Jai !

33 ulasan:

  1. #SaveJejai we will spread it!

    BalasPadam
  2. kami rakan2 terus mendoakan Jejai semoga terus di beri kekuatan dan semangat.. amin

    BalasPadam
  3. Ya Allah kau sembuhkan lah Jai Ramlee..Kurangkan kesakitan Dan penderitaannya..Aamiinn..

    BalasPadam
  4. insyaAllah. ramai2 membantu..

    BalasPadam
  5. Aminnnnn. Semoga jejai dikembalikan kesihatan yang baik.

    BalasPadam
  6. semoga diberi ketabahan kepada jejai sekeluarga bagi menghadapi situasi ini

    BalasPadam
  7. xtahu pun dia sakit... sedih... :(

    BalasPadam
  8. assalamualaikum en.ben...terkejut mama bila baca n3 kat blog zarul tadi dan barulah mama faham kenapa dah lama bro jejai ni x up-date n3 kat blog die rupa2nya...:(

    p/s moga Allah akan berikan kesihatan yg baik buat dia insyaAllah kita bantu beliau setakat yg kita mampu...:(

    BalasPadam
  9. buat blogger jejai ..

    Saya berdoa agar kamu diberi diberikan kesembuhan .. Tiada sakit yang tiada penawar .. InsyaAllah one fine day kamu akan sembuh dengan izin Allah .. Allah tidak akan menguji sesuatu di luar kemampuan hambaNya .. Daripada Allah kita datang , kepada Allah kita kembali . kesembuhan diberi oleh Allah jika Dia berkehendak.. Dengan kasih sayang Allah , tiada yang Mustahil .. Be strong :)

    BalasPadam
  10. sama2 kita doakan bro Jai. mudah2an sembuh.

    BalasPadam
  11. yupp moga2 diringankan beban yg maha berat ni..
    ada terbaca kisah ni di wsite nuffnang.. mcm x percaya sbb x da kisah ttg penyakitnya pun dlm entri blognya tp yg pasti blog dia jarang update.last entri 5 ogos kot... tp bila dah bnyk kisah ni tersebar.. sama2 doakan yg terbaik buat blogger tu..

    BalasPadam
  12. semoga abang jai cepat sembuh ye , rasa sebak pun ade . pape pun , abang jai kena kuat . teruskan senyum ! :)

    http://www.munviolettaxious.com/

    BalasPadam
  13. Baru tau ttg berita nie ..simpati dgn derita bro Jai..moga Allah kembalikan kesihatan beliau.

    BalasPadam
  14. Baru tau ttg berita nie ..simpati dgn derita bro Jai..moga Allah kembalikan kesihatan beliau.

    BalasPadam
  15. semoga bro jejai diberikan kekuatan untuk menempuh situasi ni...sama2 la kita bantu mana yang termampu...

    BalasPadam
  16. baru thau..

    sama2 lah kita doa banyak2 untuk dia,semoga disembuhkan penyakitnya

    BalasPadam
  17. Doa Saya...
    Moga Dipermudahkan segala urusan...
    Moga Cepat Sembuh...

    BalasPadam
  18. Semoga abg Jejai kuat dengan dugaan ini dan moga dia cepat sembuh...

    BalasPadam
  19. how to contact him..email/phone no.

    BalasPadam
  20. semoga abg Je Jai kuatkan semangat dan semoga dijauhkan dari kesakitan.. Ya Allah sembuhkan lah Je Jai..

    BalasPadam
  21. semoga beliau sentiasa dilindungi Allah SWT. sama2 kita doakan semoga beliau cpt sembuh

    BalasPadam
  22. Saya pun tak pernah mengenali Jejai.. Saya pernah melawat blog Jejai adalah sekali dua..

    Tapi bila baca cerita dekat blog ini, saya bersimpati dengan nasib yang beliau alami..

    Semoga Jejai terus tabah menghadapi dugaan Allah S.W.T.. Semoga beliau lekas sembuh supaya dapat menyambut Syawal penuh bermakna bersama ahli keluarga beliau yang lain...

    BalasPadam
  23. http://dengarisaya.blogspot.com/2012/08/kenapa-nak-kena-selamatkan-jejai-pulak.html

    BalasPadam
  24. nampak benar dia seorg yg tabah. semoga Allah kembalikan kesihatan kpdnya. amin :(

    BalasPadam
  25. mari sama-sama sebarkan info nie di facebook dan twitter....

    BalasPadam
  26. semoga abg jai cepat sembuh...aminnn

    “ Ya Allah , jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"

    BalasPadam
  27. #SaveJejai..

    Sama doakan..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI