Hurm .. Baru lepas baca artikal mengenai seorang artis wanita popular satu tika dulu dengan gambar kontroversinya yang mana dia tak mengakuinya dan akhirnya mengaku bahawa dia melahirkan anak tu di hospital tersebut ..
Puas dia menyorokkan aib dia tapi ramai beria nak suruh dia mengaku .. Untuk apa yer ? Kenapa ramai orang beria nak membuka aib orang lain ? Kiranya jangan nak sorok dosa la yer ? Mari kita kompang dan bagitau satu kampung dia telah melakukan dosa ? Gitu eh ?
Kata semakin moden dan canggih ? Tapi kenapa perangai seperti zaman dulu dulu gak ? Dok mengumpat secara terang terangan atau bersok sek sok sek di dalam blog atau laman sosial ?
Oh yer .. Tu bukan kita atau ahli keluarga kita yang sedang kita umpat kan itu .. Kalau kena kat batang hidung kita ? Camana ? Kalau aib hingga menjatuhkan maruah dia , cuba fikir apakah perlu kita join sama menyebarkannya ?
“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat”
(HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)