Aku ngan wife , kalau nak beli barang elektrik pasti akan tengok di SENHENG dulu .. Kenapa ? Nak check harga dulu kemudian baru tengok di kedai elektrik yang lain .. Court Mammoth ? Takde dalam senarai aku selepas terkena dengan mereka ! After sales service sangat mendukacitakan ! Hampeh ! Padahal orang beli cash .. Tu kali pertama dan terakhir aku deal ngan CM ..
Di Alamanda , ada satu cawangan SENHENG .. Aku tak tau la kenapa cawangan ni , layanan dia seperti .. hurmm .. wat dek je gitu .. Kita kena cari diorang untuk bertanya itu ini . Kalau layan pon , tak comey la langsung ! Macam nak tak nak gitu .. Menghampakan .. Serius ! Ni bukan nak kondem tapi nak bagitau laa .. Kami datang nak beli barang dengan cash .. Bukan nak hutang .. Mungkin la kot aku pakai selekeh je .. Dan jangan bagi alasan penat ! Haaa .. baca sambungan kat bawah ni ..
Berbanding dengan SENHENG di Bandar Tasik Permaisuri , Cheras .. SENHENG kat sini senantiasa memberikan layanan terbaik ! Kita beli atau tidak , mereka menjawab segala pertanyaan dengan baik sekali . Sangat seronok ketika disini malah mereka memberi cadangan serta pilihan barang berdasarkan kualiti dan bukannya harga mana yang lebih mahal.
Kelmarin , aku ngan wife ke SENHENG Tasik Permaisuri tu untuk cari aircond rumah baru aku serta kipas berdiri … Maklumlah , panas kebelakangan ni ..
Segalanya lancar dan menyejukkan hati aku yang sedang kepenatan ni . Tanya pasal air cooler , dia bagi baik dan buruk .. Tanya perbandingan , dia buat begitu juga .. Jadi kita ada pilihan masa tu walaupun jam dah menunjukkan kul 9 lebih malam ! Kira nak tutup dah tu.. Tetap dilayan baik .. Dan mmg ramai gak la dalam kedai tu .. Senyuman tetap ada di bibir staff mereka .. Tahniah ..
Selepas beli kipas berdiri , dia sendiri hantar ke kereta aku memandangkan aku dok dukung Qhaliff .. Haaaa .. Disebabkan tu , aku nak g beli aircond kat sana nanti ..
Layanan yang baik membuatkan pelanggan kita kembali ..