Hurmmm .. Apakah keutamaan mereka hanya untuk mendapatkan rating serta kedudukan tertinggi carta radio terbaik ? ‘Khasiat ‘ untuk pendengar camana pulak ?
Setiap pagi , bila bukak radio .. kita ketawa terbahak bahak .. Dj ‘merapu’ seabis mungkin untuk bagi pendengar ketawa dan gembira .. Pagi pagi mood dah best kan ?
Tapi kita terlupa ke , seawal pagi inilah otak kita yang fresh ini menerima masuk pelbagai maklumat dan infomasi serta ilmu untuk dijadikan ‘makanan’ seterusnya membuatkan semangat untuk bekerja lebih tinggi .. Kalau asyik ketawa , mood kerja camana ?
Cukup cukuplah mereka ni berlakon dan mengacara rancangan hiburan di tv jer .. Bila di radio ni , bagi jer kat mereka yg punya ilmu pengetahuan yang tinggi agar pendengar turut sama dapat manfaatnya .. Kalau artis tu punya ilmu seperti yang diperkatakan , ok gak .. Yang penting , apa yang keluar dari mulut mereka tu adalah ilmu ..
Apakah kita nak rakyat Malaysia ni lebih banyak berhibur dari belajar ? Apakah kalau nak belajar , kena masuk sekolah atau g universiti jer ?
Nabi S.A.W pernah bersabda : Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar).
Nabi saw bersabda: "Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati".
Alhasan Albashri berkata: "Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal dibelakangnya ada api neraka dan orang yang bersuka-suka sedang dibelakangnya maut."
Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka."
Fikir fikirkan .. Sampai bila kita nak asyik ‘ditipu’ .. Ketawa penawar duka ? Fikirkan semula ..