Bila artis jadi Dj Radio ..

by - Rabu, September 12, 2012

 

Hurmmm .. Apakah keutamaan mereka hanya untuk mendapatkan rating serta kedudukan tertinggi carta radio terbaik ? ‘Khasiat ‘ untuk pendengar camana pulak ?

Setiap pagi , bila bukak radio .. kita ketawa terbahak bahak .. Dj ‘merapu’ seabis mungkin untuk bagi pendengar ketawa dan gembira .. Pagi pagi mood dah best kan ?

Tapi kita terlupa ke , seawal pagi inilah otak kita yang fresh ini menerima masuk pelbagai maklumat dan infomasi serta ilmu untuk dijadikan ‘makanan’ seterusnya membuatkan semangat untuk bekerja lebih tinggi .. Kalau asyik ketawa , mood kerja camana ?

Cukup cukuplah mereka ni berlakon dan mengacara rancangan hiburan di tv jer .. Bila di radio ni , bagi jer kat mereka yg punya ilmu pengetahuan yang tinggi agar pendengar turut sama dapat manfaatnya .. Kalau artis tu punya ilmu seperti yang diperkatakan , ok gak .. Yang penting , apa yang keluar dari mulut mereka tu  adalah ilmu ..

Apakah kita nak rakyat Malaysia ni lebih banyak berhibur dari belajar ? Apakah kalau nak belajar , kena masuk sekolah atau g universiti jer ?

Nabi S.A.W pernah bersabda : Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar).

Nabi saw bersabda: "Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati".

Alhasan Albashri berkata: "Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal dibelakangnya ada api neraka dan orang yang bersuka-suka sedang dibelakangnya maut."

Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka."

Fikir fikirkan .. Sampai bila kita nak asyik ‘ditipu’ .. Ketawa penawar duka ? Fikirkan semula ..

You May Also Like

9 comments

  1. betul ben..aku bersetuju dengan artikel ko nie..hehe..sepatutnya sebagai stesen radio yang besar, mereka harus produce pengacara radio yg baru..bukan amik orang lain dan suh mereka mengacara..hehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  2. ha kan da kena sebijik .. layan linda onn petang-petang lagi best ..

    BalasPadam
  3. betul. isshhh..memang kena tepat pada diri saye nie. hurmm..

    BalasPadam
  4. Terlampau suka, nnt duka..tu kate org2 tua..ade betulnye..

    BalasPadam
  5. pagi2 drive nak g keje, mesti dgr hot fm..radio lain mcm boring jer

    BalasPadam
  6. Apapun dalam kehidupan kita ni, kena seimbang.... sepertiga untuk keje, sepertiga lagi untuk keluarga dan sepertiga lagi untuk ibadah.....

    Bagi OKje tiada salahnya berhibur ..... tapi berpada-padalah....
    kadang-kadang tu lupa dunia jugak!... he...he...)
    Mintak maaf ye 'daddy Qhaliff'.... OKje ni memang suka gelak!!...

    BalasPadam
  7. betul tu Abg Ben.. tu pasal la saya jarang buka radio. sebab bila ketawa jer memang pening sangat la kepala saya.. takleh nak buat keja..
    terima kasih sebab mengingatkan saya yang sering lupa dan alpa ni..

    BalasPadam
  8. Dan bila artis/pelawak dijadikan juruhebah... maka semakin kuranglah peluang/potensi juruhebah2 sebenar2nya utk ber'karya :)

    BalasPadam