Haihh .. mengucap panjang aku dengan Qhaliff ni tadi ! Semakin besar dia , semakin kena perhatikan dia ni ..
Tadi , selepas mandikan dia .. seperti biasa aku nak bagi la susu kat dia .. Bukan aku nak menyusu dia tapi kasi susu botol (SI) .. Dan seperti biasa , selesai sebotol dan tak cukup ! 4 aunz dah tu .. Nak kasi lebih , jap jap lagi la..
Kemudian aku call wife tanya samada dia dah kasi ubat batuk Qhaliff ke belum ? Batuk dia dah semakin berkuangan. Alhamdulillah .. Dia kata belum ..
Aku ke dapur untuk amik ubat dia .. Qhaliff sudah pasang karaoke ! Selagi aku tak dukung , selagi tu dia teran ! Macam sana nak ‘mainkan’ aku je ..
Aku dukung dia .. Di meja terletaknya ubat Qhaliff , aku capai botol ubat dia .. Nak jadikan cerita , tiba tiba Qhaliff g jatuhkan badan dia ke belakang .. Saja dia buat lembik ..
Terus aku campak botol tu dan lepaskan dia kemudian tangkap dengan cepat .. Kalau aku menarik badan dia , aku risau pinggang dia … Bagi aku ketika tu , cara terbaik mmg kena lepaskan dia dan tangkap dia dengan pantas !
Nasib baik ! Syukur pada Allah . Serius , mmg tak leh pegang dia ni sebelah tangan ! Kena pegang guna dua dua tangan. Kalau nak guna sebelah , kena peluk dia ketat ketat .. baru boleh guna sebelah .
Qhaliff nangis. Aku pasti dia pun terkejut dan takut dah .. Memang takut pon ! Apa yang aku buat, aku kena kasi dia ketawa semula .. kena bergurau dengan dia ..
Dan dia dah ok .. selamat tidur dah dia .. Haihhhh … Kena 150% waspada dah mulai skang. Dia bukan baby yang duk diam seperti dulu .. Dah aktif sangat ni ..