Huhu.. terpaksa tinggalkan Qhaliff utk mencari sesuap nasi .. Nanti daddy balik eh. Bg mummy jaga lak ..
Tp siang senang sgt jaga dia .. Tidurrr jer diaaa lepas menyusu . Huhu ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Huhu.. terpaksa tinggalkan Qhaliff utk mencari sesuap nasi .. Nanti daddy balik eh. Bg mummy jaga lak ..
Tp siang senang sgt jaga dia .. Tidurrr jer diaaa lepas menyusu . Huhu ..
Makan luar lagi ?? Apa nak buat .. wife tak sempat masak sbb sibuk di kiri dan kanan .. Aku ? Aku lagi la sibuk wooo .. Ingat aku duk umah ngangkang je ke .. Tu ayat mak aku la biasanya.. hehe .. Jangan marah noo ..
Malam ni , g makan kat temapt hari tu.. Ala, Soho di Sg Merab tu haa .. Kenapa g makan sini gak ? Aku plan nak makan burger bakar .. Hahaha .. Dulu aku pelik nape org suka makan burger bakar ni .. Skang aku dah gian lak .. huhu ..
Sedap tak makan kat sini ? Haaa .. Kalau selera tekak siam , ok la sini . Bagi aku yang tekak universal ni , ok laa .. Boleh telan berbanding semlm aku g makan kat Perantau Hill tu ..
Tapi sayangnya , tak bukak pulak burger bakar tu haa .. Haih .. Cuti ke ? Takkan kot ? Hurm .. Jangan wat gini .. Rugi wooo .. Lari pelanggan ..
Puasa dah berlalu. Janji lepas sebulan beraya , nak start balik. Nampaknya , badan semakin berat .. dan aku semakin malas ! Serius , bapak malas !! Semangat ada tapi MALAS nak mula balik ..
G gym ? Hurm.. segan pun ada .. Nak berjimat pun ada .. Nak g , minyak kereta lagi. Yuran lagi .. Nak lari depan rumah , skang ni hujan .. Tu alasan terbaik la aku boleh baik. Nak lagi terbaik , Qhaliff tak bagi aku pergi ! Kalau nak g gak , dia nak ikut … Haaa..amacam ?
Nampaknya … aku terpaksa simpan lemak buat sementara waktu ni laa .. Apa nak buat , kan ..
Qhaliff dah mula bersenam .. Aku je belum ni .. Hurmm .. Kesihatan perlu dijaga. Bukan saja nak kekalkan otot tu tetapi bersenam adalah antara awet muda .. hehe ..
Makan je ubat , confirm kurus ?? Sori la .. tu bukan style aku . Tu mungkin style oppa ganyam tu .. but not me okeh ! Sepeking dah akuuu .. haa ..
Bila nak start balik niiii .. hurmm .. Kang dah membulat , terlewat daaah ..
Gambar – Mstar Online .
Ada yang kata , perhimpunan membantah filem menghina Islam tu satu perbuatan membazirkan masa .. Ada macam macam pendapat . Tapi kita sebagai umat Islam , apakah nak lihat saja mereka menghina dan terus menghina Nabi Muhammad S.A.W yang kita cintai itu ?
Sebelum nak tinggalkan komen , apa kata bukakan minda dan baca artikal tulisan DR.MAZA sekejap. Pastu baru bagi komen eh ..
"Mereka yang tidak merasai kemanisan nikmat iman mungkin tidak faham hakikat ini. Mereka kehairanan kenapa muslim sedih dan emosi apabila Nabi mereka disakiti. Sesiapa yang hendak jadi ahli politik dalam masyarakat muslim, kena memahami latar pegangan dan nilai dalaman mereka."
Artikal penuh di SINI
Tengah dia layan kartun kat TV , rancangan terhenti seketika untuk memberikan laluan pada azan Asar. Qhaliff , tiba-tiba terpaku .. Dan terus teriak dan berhenti semula. Dia pandang tv , dan menangis semula.
Aku dukung dia dan pujuk dia .. Mata dia , dia tumpukan pada tv dan azan masih berkumandang ..
“ Qhaliff rindu eh ? “
Selesai azan … Dia sambung main balik .. Hurm …
Cedeyyyy .. Qhaliff bila nampak mak dia , sengih seolah dapat pingat emas olimpik lagaknya ! Aku yang sedang dukung dia , terus hiang dari penglihatan dia ..
Tu belum disua tangan dek mak dia .. Melompat lompat kesukaan .. Daddy nak merajuk la cam ni ..
Kasih ibu kan .. Camana punya lama takde kat rumah , anak tetap nak kat mak dia gak .. Kat bapak dia , bila dia dah boring ngan mak dia laa .. Huh..
Sian daddy kan ? Qhaliff dah tak nak kat daddy kan ? Ni yang nak kena ada baby baru .. Hurm.. nak honeymoon mana lak kali ni eh ..
Mengucap panjang bila aku baca pasal seorang gadis lembam ( OKU ) dibuang oleh maknya sendiri di Harian Metro ( kena bagitau sumber woo .. kalau tak kena saman .. ) tadi .. Hurm ..
Pinjam skit noo keratan artikal tu eh.. Bukan apa , kang kalau aku tulis sendiri , takut lain lak korang faham . Menda gini kena duduk lepak minum kopi baru boleh cerita dengan baik sekali .. hehe ..
“ Lebih malang, gadis berkenaan yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bukan saja tidak dikehendaki ibu bapanya yang sudah berpisah itu tetapi, ‘dibuang’ dengan cara menyayat hati apabila ditolak keluar dari kereta, Ahad lalu. Difahamkan, gadis berkenaan dibiarkan di tepi jalan bersama beg pakaian dekat Taman Cantik, di sini, selepas ditinggalkan ibu kandungnya bersama bapa tiri dan seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi gadis malang itu apabila seorang saudaranya yang kebetulan melalui jalan itu menemuinya sebelum membawanya pulang ke rumah mereka.
Selain itu, gadis berkenaan dikatakan bukan sekadar ‘dibuang’, tetapi wang bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu dipercayai dikeluarkan keluarganya tanpa pengetahuannya berikutan dia tidak tahu menulis dan membaca.. “
Tu sedikit je .. Kalau nak baca lagi , klik Gadis lembam dibuang di tepi jalan ni ..
Kesiannya .. Nak kata lelebih , kang jadi umpat lak .. hehe .. Apa yang aku boleh buat cuma , berdoa agar maknya sedar kesilapannya itu dan harap gadis tersebut bersabar je dengan perbuatan maknya tu .. Maklumlah , .. er .. tak pe la.. nanti aku lak berdosa.. hehe ..
Sabar je laa .. Hahaha.. Bukan mengeluh pun cuma geram jer .. Kalau dia jaga , aku gomol dia.. sian diaa .. Pastu , stok susu lak mmg kehabisan . Jadi , kena tunggu la bekalan tiba .. Huhu .. Kena bijak bagi kat Qhaliff ..
Kebiasaannya , Qhaliff akan bangun tidur antara 930 pagi hingga 10 lebih . Haa.. Tapi hari ni , punya laaaa awal dia bangun .. Kul 8 lebih dah celik mata dan …
“ Daaa… daaaa.. haaaaaaa… Baaaaaa .. Eeeee .. “
Macam macam kuar dari mulut dia tapi yang aku paham ..
“ Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .. “
Aku layan ‘borak’ ngan dia .. Dia senyum .. Aku tak pasti la dia senyum perli atau senyum kambing kat aku sbb tak mandi lagi .. hahahha ..
Dalam kul 9 , aku mandikan dia .. Dia tak leh mandikan aku .. hahaha.. Tak aci la kann .. haha .. Pastu tu baru aku bagi susu kat dia .. Tapi sebelum tu , aku bagi sedikit kurma kat dia.. Aku nak amalkan bagi kurma kat dia .. Nanti tak susah dia nak makan bila dah besar ..
Muka kesian sebelum dapat susu .. hahaha ..
Aku wat dek .. dia menangis sambil hentak hentak kaki ! Apa ??? Hentak kaki ? Masak laaa aku nanti .. Terbayang di dalam kepala ..
“ Daddyyyy … nak mainannn tuuu .. nakkkkk .. naakkk .. “
Huh …
Abis satu botol setengah .. huhu .. Abis jer , automatik mata terbuka dan sambung hentak kaki .. Nak lagi tuuu .. Tak leehh dah !
Aku dukung dah sendawakan dia kemudian dodoi hingga tertidur di bahu aku .. Legaaaaa …
Dalam 20 minit dia tidur , tiba-tiba ada call masuk ke telefon bimbit aku .. Dan Qhaliff ..
Kembal ceria ! Hahahah .. masa untuk gaduh ngan budak ni !!
Dapur dah pasang .. Brand Elba rasanya. Tu je yang mampu beli.. Oven pelbagai guna pun dah beli. Ada 8 kegunaan kot .. termasuk panggang aku ! Huh ! Banyak banyak macam nak buat restoran dalam rumah .. huhu .. Tapi apa nak buat .. tak beli kang … ada yang buat muka duck face .. hahaha .. siap la aku nanti ..
Sekarang ni , masalahnya ialah hood tu haa .. Alahai .. bracket takde la kata orang yang nak pasang tu .. Pastu tanya kedai . Kedai suruh datang amik .. Lohhh .. Suka suka jer suh datang eh ? Kenapa masa antar dulu tak bagi sekali ??? Grrr .. Nak tak nak , malam hari semalam g amik ..
Tang dapur lak , hos utk gas lak takde .. Alahaii .. Nasib baik orang tu bagitau . Kena beli lagi .. Tanya harga kat kedai yang beli dapur ni .. Dia kata ada dua jenis .. Stendek la kan .. Yang ok dan yg biasa biasa .. Yang ok , mahal la.. Opkos laaa .. Bisnis .. hahaha ..
Wife tanya berapa harga ? Amik kauu… cecah ratus gak laaa .. Yang biasa , murah bebenor .. Hurmm .. Amik la yang luar biasa .. Keselamatan perlu diutamakan ..
Tanya harga , boleh kurangkan tak ? Dijawab harga tu dah jauh murah .. Tak leh nak kurang lagi kata dia .. Hurm.. Wife bgtau kat orang tu yang dia nak amik peti ais lagi laa .. byk barang lagi kat kedai tu .. Dan dan dapat kurang lagi RM20 !!! Hahaha .. Bayangkan laaa … berapa untung diorang tapi kata tak untung gak tuuu .. adoiyaii ..
Malam ni g amik hose tu .. Tak tau la camana punya special tu .. Dan tang sinki air , ada kena buat penambahan sedikit .. Ayooyoo .. MONEY MONEY !!
Nak hidup selesa skit kena guna byk duit .. Tak pe la.. Tu tujuan simpan duit. Kita tak tau apa yang akan kita lakukan dalam keadaan yang mendesak dan terdesak ..
Semakin sempit rocker dia ni haa . Nak masuk 6 bulan dah .. Ada yang kata tengok dalam gambar nampak besar berbanding jumpa live .. Hehe .. Aku tak tau la camana mereka bayangkan Qhaliff ni .. Qhaliff , bagi aku la kan .. Qhaliff ni panjang .. Skang ni nak dukung pun dah sukar ..
Kang kalau beli katil , dia tak nak tidur dalam tu lak .. Kalau nak pun , bukanlah nak dia tidur sorang sorang .. Iskh.. mana mungkin .. Tinggal 2 saat pun dah carik balik .. hahaha ..
Takde katil pun , masalah gak ni .. Merempat lak dia tidur .. hahaha .. Tak kisah la pun kan ? Asal bapak dia ada kat sebelah .. hehe ..
Apa aku nak buat ngan budak ni eh .. Gaya dah macam boss .. Hahaha .. memang pun !! Dia jaga dari tidur , dia nampak kita .. terus muka 10 sen dia buat.. Pastu dia depakan tangan dia seolah olah berkata ..
“ Daddy ? Tengok je kee ??? Dukung laaaa .. “
Hahahah .. Haihhhhhhhhhhhhhhh .. Qhaliff Iman oiiii .. Aku tak tau laa camana nanti bila boleh cakap !