TAHNIAH SHILA HAMZAH ..
Sebenarnya aku tak amik tau sangat berita kemenangan Shila Amzah di China baru-baru ni.. Tapi kenapa aku buat entri ni lak ?
Sebab ini ..
“ Ternyata dalam setiap tindakan yang kita lakukan akan ada ganjarannya dan saya melihat hikmah kerjaya dan rezeki saya terbuka luas di negara orang sebagai satu nikmat yang besar.
"Malah saya dikenali di China kerana imej bertudung dan ia cukup menggembirakan saya,".
Ahaa .. Selebihnya baca kat MSTAR eh ..Kata-katanya membuatkan aku tersenyum dan terus update entri mengenainya. Almaklumlah , ada artis kita takut nak menutup aurat sebab takut tak laku dah ! Perghhh .. jual kecantikan dan keseksian diri ke untuk laku ?
Dengarnya dia dapat RM1 juta kan ? Duit tu adalah untuk menjalankan aktiviti promosi, persembahan pentas dan juga dalam usaha menjadikannya artis terkenal di seluruh Asia.
Ok la tu kan ? Rezeki dari ALLAH .. Kena rajin mintak dan usaha. Kita kat dunia ni , sementara je. Sedikit demi sedikit akan diambil ALLAH tapi diberi yang lain .. Cuba bukak mata dan fikirkan semula perjalanan hidup kita ni ..