Alhamdulillah .. ramai tepuk tangan dan lap peluh di dahi selepas dengar perbentangan bajet 2013 dari PM kita .. Legaaa .. macam macam dapat aih ..
Semalam , orang tua aku ke satu mesyuarat yang mana setahu aku berkenaan rumah flat yang aku membesar , akan diruntuhkan kemudian dibina kondominium mewah ..
Seingat aku dulu , pelbagai janji manis ditaburkan oleh pihak wakil rakyat situ yang mana jika mereka menang , flat itu akan dijual pada mereka dengan harga berpatutan.
Dan , hingga kini aku berusia 36 tahun ( tinggal kat situ pada umur 8 tahun ), rumah flat tu masih belum dijual… Dan terkini , nak diruntuhkan dan dibina kondominium. Sapa mampu beli ?
Dan ke semua penghuni flat tersebut akan dipindahkan sementara ke kawasan kawasan baru , sementara menanti apartmen berpuluh tingkat siap dan mereka dipindahkan ke situ semula. Berpuluh tingkat ! Yang nak duduk semua dah tua tua belaka termasuk orang tua aku .. hehehe ..
Aku , sebagai individu .. tengkuk aku mmg lepas laa .. legaaa .. Camana dengan orang lain ? Mereka kata , rezeki masing masing .. Hehehe .. Benar , hari ni kita kata begitu . Tapi lambat laun tsunami tu akan sampai pada kita dan kita akan merasainya sama ..
Apakah mereka akan turut rasa sama ? Korang rasa ? Maaf .. aku tak suruh korang sokong pembangkang atau sapa sapa .. cuma fikirkan .. Hari ni tengkuk kita lepas ..
Apakah kita terdiri dari manusia yang hanya pentingkan diri kita saja ? Janji kita lepas , dah ..
* Part bas sekolah telah diedit kerana salah faham .Terima kasih kerana membetulkan.