Inna lillahi wa inna ILAYHI raji'un ..
“ Mayat Syaniza Idris, 27, ditemui jam 2.40 petang dalam keadaan berlumuran darah atas tilam dalam bilik tidur utama manakala bayi lelakinya yang dipercayai tidak cukup bulan ditemui berbalut dengan kain dalam bilik air.
Jiran mangsa, Rohaizat Abdul Rahim, 49, berkata, dia meminta isterinya, Normah Ali, 48, pergi ke rumah Syaniza selepas mengesyaki sesuatu berlaku apabila melihat anak lelaki jirannya itu, Mohd Danial Asmadi, 7, yang bersekolah dalam tahun satu pulang dari sekolah dengan berjalan sendirian.
Menurutnya, sebelum ini, setiap pagi arwah keluar rumah menghantar anak lelakinya ke sekolah menaiki kereta sebelum mengambilnya semula jam 12 tengah hari.
Rohaizat berkata, dia difahamkan, suami Syaniza, Asmadi Ahmad, 28, seorang konstabel polis tiada di rumah ketika itu kerana berkursus di Pulau Pinang. “ – Hmetro online
Kesian .. Tak perlu nak tuding jari kerana kita tak tau hal sebenarnya tapi yang perlu kita ambil berat ialah , bila isteri mengandung , suami kenalah bijak mengambil berat terutama bila dia takde kat rumah untuk jangka waktu yang panjang. Kalau singkat , maklumkanlah pada jiran .
Kalau tak perlu keluar macam nak g lepak ngan kawan kawan atau buang masa kat luar ,janganlah buat .. Sian kat orang rumah tu ..
Tak dinafikan ada suami pandang remeh bab ni .. Dia hanya tau bagi nafkah zahir dan batin. Dah cukup ! Part lain , pandai pandai la amik berat sendiri .. Ada spesis laki cam ni .. Kalau dapat , maka si isteri kena pandai pandailah berdikari ..
Takziah buat suami mangsa dan juga keluarganya. AL-FATIHAH.