Bila tengok barisan pelakon , aku terus tak jadi nak tidur apatah lagi ianya cerekarama khas sempena AidilAdha .. Sediakan tisu ! Confirm dah kan ? Mesti main air mata punya ..
Fahrin Ahmad, Eja , Lisdawati , Zarina Zainuddin.. Haa.. Semua otai otai berlakon .. dan diarah oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu Raja Ahmad Alauddin .
Sediakan teh o kopi. Perut pon dah diisi dengan daging masak kicap serta nasi briyani 2 pinggan .. Jadi , kita tonton dengan hati yang gembira disamping twit mentwit …
Start … bla bla bla .. Ok … cun .. jalan citer best .. Fahrin Ahmad berlakon dengan cool .. Lisdawati pon begitu.. selamba.. Eja .. Ok , seperti yang dah dijangka ..
Ok .. seperti biasa , dah leh jangka dah ni .. Apa akan jadi .. Walaupun pengarah macam nak kasi tukar sikit jalan ceritanya agar penonton tak leh nak baca apa akan jadi nanti tapi , serius .. bila dah jadi gitu , aku terus hilang mood nak tonton .. Hambar abis ceritanya .. Penghayatan pelakon semakin takde bila dah masuk tengah tengah ..
Tisu yang aku pegang tu , aku kasi kat Qhaliff walaupun dia dah tidur ! Pergh.. Nyesal aku abiskan 2 jam aku dengan tonton drama ni ..
Jalan cerita ada tapi penghayatan takde .. Maaf la yer .. ni pendapat aku je .. Kalau korang rasa best , maka best la .. Nasib baik tak main kat panggung ..
Ke aku tak reti nak hayati ?