Yang terbaru , Qaseh Syuhada .. Hari ni majlis aqeqah dia .. Tu pasai semua berkumpul .. Hehe ..
Mana Qhaliff ? Kitorang segan ler .. hehe..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Yang terbaru , Qaseh Syuhada .. Hari ni majlis aqeqah dia .. Tu pasai semua berkumpul .. Hehe ..
Mana Qhaliff ? Kitorang segan ler .. hehe..
Terima kasih pada blogger Telur Dibasuh kerana maklumkan pada aku di Twitter tengahari td. Kalau dia tak bgtau , aku tak tau gak sbb dah berkurun tak beli paper .. hehe
Jutaan terima kasih pada Utusan Malaysia dan juga rakan rakan dunia maya ... Semoga Allah berkati anda semua ..
Bangunnnnnn daddyyyyy !!!!!
Aku tak bangun bangun lagi hingga kul 10 pagi .. Mak dia ada .. jaga Qhaliff jap,.. Nak balas dendam berhari bgn awal ! Bukan apa , mlm td tdo sakit kepala .. Ni dah ok skit ..
Ok tak alasan ?
Bharian melaporkan , cucu perempuan kepada Pengarang majalah Wanita, Normala Hamzah meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di sebuah pusat jagaan di Jalan Duta di sini hari ini.
Dalila Haifa Dafrizal Shah, tiga bulan, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tawakal, Jalan Pahang untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi, bayi itu ditemui dalam keadaan muka kebiruan dan tidak bergerak oleh ibunya yang datang menjemput dua anaknya dari pusat tersebut.
Petikan atas tu dari akhbar Bharian. Aku tak mungkin tulis secantik gitu la yer .. Ok, kembali pada isu .. Tersedak susu .. Menurut dari rakan pembaca yang mana aku pernah buat entri yang sama isunya iaitu tersedak susu , mereka kata kebanyakkan yang tersedak susu ni ialah mereka yang gunakan susu formula .. Hurm ..
Qhaliff , selalu gak muak dan tersedak susu. Walaupun dah disendawakan , dia tetap akan muak. Mungkin sbb terlebih minum susu. Jadi , aku kurangkan jumlah setiap botol. Kira bagi mencukupi untuk sekalli minum.
Dan alhamdulillah , tak dah muak . Kecuali bila dia menyusu sambil main ! Haaa .. Mesti ada punya .. Yelah , dah dijolok jari dalam mulut , bapak budak pon boleh muntah gitu haa ..
Jadi , hati-hatilah dengan anak anda yang masih kecik itu . Aku pun kena hati hati gak ..
Hahahaha .. bijak , bijak ! Aku tak leh bayangkan kalau aku buat gini pada Qhaliff !
Di London , sebuah syarikat memperkenalkan pakaian unik yang membolehkan bayi ‘membantu’ ibu bapa mereka membersihkan rumah ketika mereka merangkak. Syarikat itu menggabungkan baju bayi dengan pembersih lantai (mop) yang dilekatkan pada bahagian tangan dan kaki.
Dikenali sebagai Baby Mop, pakaian itu membolehkan lantai rumah digilap ketika bayi terbabit belajar merangkak. Baby Mop dijual pada harga kira-kira RM120 sepasang.
Walaupun mungkin ada rasa tak sesuai atau mengarut sekurangnya mereka datang dengan satu idea yang mengabungkan 2 dalam 1 .. Ok la kan ? Hehehe..
Amacam ? Hahaha .. Kalau Qhaliff pakai ? Tunggu nanti nanti nak pindah umah baru .. hehe .
Yang pertama .. Budak tecik ni dah pandai menuju ke netbook aku .. Pergh , rindu giler perkataan ultrabook .. Hahaha ..
Bila dah pandai bersuara , maka netbook aku ini akan jadi mainan dia .. Kalau tak dapat , dia menjerit . Kalau dia menjerit , takkan aku nak jerit kat dia balik ? Pergh .. pengsan dia .. Nanti aku dah tua , dia jerit kat aku balik ..
Benda lain dia tak minat .. Hp dan netbook ni pasti menjadi sasaran dia bila dia sedar dari tidur ! Grrr .. Ni yg aku nak hadiahkan dia ipad mini ni .. Hahahahhahaha … Sembang boleh laaa …
Kalau tak bagi ipad mini tu , bermakna aku berenti je la blogging.. Kasi dia je amik alih . Pastinya setiap entrinya memerlukan masa untuk korang pecahkan kodnya .. Maklumlah , hanya bayi saja yang faham kod mereka ..
Dah mula diet dan mula bersenam. Tapi digagalkan sbb wife teringin nak makan burger bakar kambing .. Dan secara automatik aku nak jugak !!
Dan tempat aku g , pastinya Burger Bakar Lava Grill yang bermarkas di Taman Sri Serdang .. hehehe .. Sedap ? Sedap laa… Kalau tak takkan aku g sana berkali kali .. Dan satu lagi , sbb dekat ngan umah aku .. hehee.. Dan satu lagi , pastinya sebab kawan yang jual.. Support kawan kawan la kan .. hehehe ..
Kenyang ? Hehe .. Alhamdulillah .. ok laa .. hehe ..
Nak download ke ? Hehehe .. Belum pon main wayang aihh .. hahaha ..
Aku baru dapat jemputan untuk hadiri ke pratonton filem ni .. Jarang aku nak gi pratonton ni sbb jauh sangat dari rumah. Tapi memandangkan ini filem dari Adlin Sauki dan pelakonnya pulak dua dua aku minat ( Nabil dan Johan ) , aku nak tengok gak la apa menariknya hingga Adlin Sauki sanggup buat filem begini .. hehe ..
Memula aku dengar tajuknya , aku angkat kening ala ala The Rock . Apa pulak laaaa cerita kali ni haaa .. Memacam tajuknya aihh .. Ni dah macam Twilight la pulak .. hahaha ..
PraTontonnya , minggu depan .. Wife pon dah bagi lampu hijau untuk g … Hehe.. Tqq .. Tak kasi , aku tak g.. Baik kan ? Haaa ..
Best atau tidak , filem ni .. tunggu je la lepas aku g tengok .. Pastu aku review.. Kalau best , g serbu ramai ramai .. Tak best , erk.. erk… Jap , Qhaliff panggil ..
Bukan aku kata yer .. Ni mak Qhaliff yang sendiri kata .. Kenapa dia kata gitu ? Sebab bila mereka berdua je kat rumah , Qhaliff seperti labah labah dan maknya seperti sarang .. Melekat berdua ke mana mana ! Nak masak ? Nak pam susu ? Jangan mimpi la Qhaliff bagi permit pelepasan ..
Tapi ngan aku ? Letak je laa .. Dia ok jer.. Kecuali datang ‘gatai’ dia , mmg suruh dukung memanjang. Tapi kebanyakkannya dia tak kisah langsung .. Letak dan wat hal sendiri ..
Tensen mak dia bila aku kata , Qhaliff ok aja dengan aku . Mana berani nak lebih lebih .. Smackdown nanti haaa …
Ni dok bantai tidur Qhaliff.. Lega skit mak dia .. Baru dapat lari g kerja. Kalau tak ? Aku lak sambung kena dukung .. Manja terlebih nii .. Nak babap ? Pandai dah wat muka welfare !
Saja pekenakan Qhaliff .. Hahaha .. Tamo manjakan sangat .. Slow slow nak mandikan dgn air suam . Selama ni air panas + sejuk .. Tapi saja aku bagi sejuk semalam .. Tapi tak lama pon.. 2 tiga jirus je.. Selebihnya aku lap jer ..
Bukan nak ‘dajalkan’ dia tapi nak ajar dia slow slow .. Sebab wife kata bila dia mandikan dengan air suam , meraung dia.. Tapi ngan aku , oke jer .. huhu ..
Air suam ? aku bagi .. tapi dia tak nak. Tau dah beza warna .. Hahaha .. Mana air kosong dan susu .. Waduhhh …
Ok .. nak g solat Jumaat.. Nanti Qhaliff leh follow daddy , oke ?
Ok fine ! Aku perlu belajar berenang dan nak blajar tomoi ! Hahahaha .. Mana tau nanti berenang kat sungai atau kolam renang , aku kena attack dek jerung atau buaya dan aku akan mengkarate itu buaya mahupun jerung !
Jangan tak percaya okeh ! Ianya berlaku dah pon.. Sapa sangka kan ? Dalam keadaan terdesak , apa saja ilmu yang ada di dada , boleh digunakan untuk menyelamatkan diri ..
Di Hawaii , seorang penyelam wanita terselamat daripada serangan jerung sepanjang empat meter di sini selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri.
Pemegang tali pinggang hitam taekwondo, Mariko Haugen sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui apabila mendapati dirinya berdepan dengan seekor jerung harimau.Apabila diserang, Mariko menggunakan kemahirannya dan menumbuk hidung haiwan pemakan manusia itu.
Mariko yang berasal dari Folsom, California, tidak dibaham, tetapi memerlukan 60 hingga 70 jahitan pada tangan kirinya yang cedera kerana terkena gigi ikan itu ketika menumbuknya.
Heheh .. Tu yang aku baca kat Hmetro tadi .. Ni yang aku berkobar kobar nak sambung belajar Aikido ngan Steven Seagal .. Heheh .. Leh lawan ngan sotong nanti ..
Yang cukup kurang ajar ! Ayat tak abis kat tajuk tu .. Haaa.. Bukan semua tapi hanya segelintir saja yang beperikemanusiaan. Tapi bak kata orang , kerana nila setitik ..
Tak caya , cuba memandu ke Kelantan ikut Gua Musang. Dari situ korang akan bertemu pemandu lori yang berhati perut dan jugak tidak ..
Kalau kat dalam bandar ? Jangan cakap laa.. Ada yang berada di belakang kereta kita dan beria nak himpit supaya kita beri laluan pada dia sedangkan laluan tu bukan boleh laju mana pun .. Tu belum masuk lagi part nak masuk lorong .. Bersungguh dia nak masuk dulu ..
Ada pernah aku berbual dengan pemandu lori treler ni. Diorang kata mmg gitu sbb diorang besar .. Sapa nak lawan , cubalah .. Hurmm.. Sampai begitu dangkal sekali pemikiran mereka ..
Dalam akhbar Harian Metro hari ni , sedih aku membacanya .. Sekeluarga mati kemalangan apabila kereta yang naiki merka bertembung lori seberat dua tan dalam dalam kemalangan ngeri di Jalan Pendang-Kebun 500 berhampiran Kampung Permatang Limau, Kedah.
Menurut akhbar tu , kejadian jam 2.30 petang itu berlaku apabila lori terbabit hilang kawalan akibat kerosakan teknikal sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta itu menyebabkan keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian.
Innalillahiwainnailaihirojiun .. Takziah buat keluarga mangsa. Al-Fatihah …