Baru-baru ni aku dan beberapa lagi rakan blogger dijemput menghadiri pelancaran Pemasangan Solar Photovoltaic Petronas yang pertama di KLCC .
Majlis yang bermula pada jam 4 petang diserikan lagi dengan kehadiran serta ucapan pembukaan dari Menteri Tenaga , Teknologi Hijau dan Air Malaysia , Dato ’ Seri Peter Chin Fah Kui ,diikuti oleh Senior Vice President of Natural Gas Business Division A Mitsubishi Corp , Mr. Kazayuki Mori dan Ketua Pegawai Operasi PETRONAS , Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin .
Selesai ucapan serta penerangan mengenai tujuan pemasangan Solar Photovoltaic ni , kami dipasangkan video mengenai Solar PV ( Photovoltaic ) ni ..
Kalau dilihat dari atas , rekabentuknya adalah seperti gambar di bawah ini . Kelihatan seperti corak songket kan ?
Gambar Petronas Solar PV 1: Permandangan dari atas
Kemudian kami dibawa melawat ke kawasan pemasangan solar pv dan terus terang , aku teruja sbb ini kali pertama dapat jejak kaki di kawasan ni yang mana biasanya aku hanya mampu pandang dari bawah jer.. Hehehe ..
Ok , sedikit info mengenai Solar PV ni . Dipasang dgn keluasan 9,000 kaki persegi diatas bumbung Suria KLCC .Pemasangannya bermula pada April 2011 dan mengambil masa 9 bulan untuk disiapkan. Solar pv ni adalah inisiatif tenaga hijau yang mampu membekalkan 30% daripada pengunaan tenaga di Suria KLCC. Secara tidak langsung dengan penggunaan Solar Pv ini telah mengurangkan pengeluaran tenaga karbon dioksida di Suria KLCC ni .. Menarik kan ? Tak sia-sia gitu
Gambar Petronas Solar PV 2 : Menteri dan media
Gambar Petronas Solar PV 3 : Solar Pv
Gambar Petronas Solar PV 4 : Antara kawasan yang dipasang Solar Pv
Gambar Petronas Solar PV 2 : Permandangan sekitar Suria KLCC
Majlis tamat sekitar 6 petang. Kesimpulan aku , alangkah bagusnya Solar PV ini dipasang di bangunan bangunan pencakar langit mahu pun pusat membeli belah. Tapi kos mesti mahal kan ? Hehehe .. Apa pun , majlis hari tu memberi satu ilmu pada aku dan rakan rakan yang lain .. Terima kasih PETRONAS atas jemputan itu ..