Waahhh .. rindu giler dengan ucapan tuu.. Masuk tahun ni dah , er… bertahun tahun lamanya aku tinggalkan profesion perguruan .. Eceh .. Profesion la sangat .. Hahahaha ..
Walaupun sekadar guru sandaran , bakti mereka ni janganlah diperkecilkan . Kalau takde guru sandaran , guru tetap ni merana wooo .. Nak cuti pon susah .. Nak mc pon perit .. Yelah , sapa nak jaga kelas mereka. Guru tetap yang sedia ada pun dah penuh jadual harian mereka .. Nak suruh guru besar ? Mimpi laaa.. Zaman aku dulu je guru besar rajin nak ganti guru kecik ni haaa.. Zaman ni , susah dahh nk jumpaa..
Guru , adalah antara pekerjaan yang mulia.Sapa sapa saja leh apply jadi guru.. Sapa saja layak jadi guru tapi berapa ramai yg benar benar bergelar guru ? Tak ramai ok !! Hanya mereka yang bergelar guru saja tau akan hakikat itu ..
Apa pun , hari ini hari pertama persekolah sesi 2013 .. Buat guru guru yang baru mula mengajar , selamat bertugas . Buat guru guru yang dah lama , sila beri tunjuk ajar pada junior dan buat pelajar pelajar , sila ambil kesempatan ini untuk membalas jasa kedua ibu bapa anda dengan menjadi anak yang cemerlang dan juga buat diri sendiri agar punya masa depan yang gemilang ..
Perghh.. aku macam bagi ucapan kat perhimpunan lak .. Hahahah ..