Kalau bayi 9 bulan dah cari ibunya ..

by - Ahad, Disember 30, 2012

 

Hurm.. Teringat entri aku tengahari tadi pasal anak anak kecil dibuang ayah mereka setelah mereka kehilangan ibu mereka dan paling mengharukan aku ialah anak kecil yang baru berusia 9 bulan !!

Woii !! 9 bulan besar Qhaliff ok !! Bukan yang sangat tak tau apa apa tapi cukup kenal sapa mak bapak dia walaupun sekilas pandang ! Sampai hati buat naya kat budak usia gitu !!! Haihhh ..

Kejap tadi , Qhaliff yang dalam keadaan sangat mengantuk tapi tak nak tidur selagi tak dapat menyusu dari ibunya .. Dengan penuh setia dan sabar menunggu dalam pelukan aku ..

Bila mak dia abis mandi , dia dengar bunyi ‘klik’ yakni lampu bilik atas dimatikan .. Cepat cepat dia pandang ke tangga .. Tunggu bayangan mak dia .. Hurmm.. Tak muncul muncul jugak.. Dia lemparkan pandangan dia semula ke kaca tv ..

Seminit kemudian , dia pandang .. tak jugak ada .. Hampa jelas di wajahnya tapi tidak ada keluar setitik air mata lagi. Sabar menanti .. Hurmmm ..

Akhirnya , penantinan membuahkan hasil . Maknya muncul dan dengan pantas dia menolak badan aku untuk ke pangkuan mak dia .. Hurmm ..

Sayu aku bila mengenangkan nasib bayi 9 bulan yang dibuang oleh bapak dia tu .. Kejam sungguh ! Rokok lagi besar dari anak dia ! Grrr !

You May Also Like

9 comments

  1. bapa yang kejam...
    sampai hati dia buang anak dia...
    kesian lahh dekat anak-anak tu...
    haihh, semoga si 'dia' cepat insaf. aminn...

    BalasPadam
  2. If only people could think rationally. :(

    BalasPadam
  3. Kesian baby tu..
    Baby tu x bersalah pun. :(
    Betullah, aritu dalam usrah,
    "manusia ada sifat binatang, tapi binatang takde sifat manusia"

    BalasPadam
  4. ade yang sampai buang laut lak tu... adoiii.. ape lah jadi zaman sekarng ni??? ade orang kawen sampai 25tahun takde anak, diorang bercinta 25 hari dah buang bayi dah... huhu

    BalasPadam
  5. tu lah kan.. tak ada perasaan sungguh ayah dia tu.. 9 bulan tu dah kenal orang la... jangan kata budak2 umur macam tu, dia kecil2 pun memang tak sanggup la nak buang.. sedih pula

    BalasPadam
  6. Itulah yang berlaku sekarang ini. Buang anak sana sini. Dorang ni tak tahu ke anak ini kan amanah. Isk.. Isk..

    Bro Ben, puteri penyeri hidup saya baru lahir. Excited sangat. Hehehe. Bro Ben nak tengok, boleh ke blog saya http://www.mohdnaser.com.

    BalasPadam
  7. yang buat anak tu semuanya binatang.. bukannya manusia..

    BalasPadam
  8. Itulah dunia...nak kata manusia pun taktau la...nak kata budak pun ada budak2 yang lagi sayang adik dia, belum lagi anak...otak letak dekat afrika, lupa ambil jadi la camni..

    BalasPadam
  9. sampai hati betul la si bapa tu. Mana tau anak yang dibuang tu akan mendoakan dia masuk syurga, kan?

    BalasPadam