Buat lawak laaa anak aku neh !!

by - Isnin, Disember 31, 2012

 

Bila aku pandang dia .. Tak sangka , dah nak 9 bulan dia rupanya .. Sekejap benar masa berlalu .Ini bermakna , masa untuk no 2 dah tiba.. Yelah , aku semakin tua . Nak kena tambah anak .. tambah bini.. Eh , tu tak .. hehe .. Pastu bila dah tua , anak baru nak masuk darjah satu .. Bayangkan laa aku bertongkat g sekolah nak daftar Qhaliff..

“ Tuk .. Nak daftar cucu ker ? “ .Tanya si cikgu ..

Maunya tak kena tongkat ngan aku masa tu gak.. Andai kata laaaa .. Harapnya tak gitu laa .. hehe .. Cari pasal kan kalau gitu.. Dengan cikgu , jangan dikurang ajar.. Biar cikgu je kurang ajar sbb kalau cukup ajar , mereka jadi guru besar sudah .. kan ? Hehe.. Gurau akhir tahun yer cikgu.. Jangan marahh ..

Berbalik kisah Qhaliff .. Aku plan nak belanja wife sempena harijadinya esok .. Aku nak belikan dia tudung yang dia nak beli sangat kat Ariani tu haaa.. Jadi , perancangan lepas Maghrib nak ke Ariani Bangi ..

Masuk waktu Maghrib.. Aku mandi dan siap terus.. Kira pakai smart gitu laaa.. Saja panggil Qhaliff .. Nak tengok samada nak ikut aku ke tak ..

“ Qhalifff.. jommm ikut daddy .. “

Dia pandang aku .. Pastu kembali sambung menyusu ! Dia wat dek ngan aku ??? Sampai hati , wahai anakku … Aku test sekali lagi .. lagi .. dan lagi .. Sama gak respon dia .. Huh !!

Aku amik deodrant.. Sembur kat ketiak aku .. Pastu pakai perfume .. Dia dengar bunyi semburan tu , terus dia tolak badan dia dari mak dia !! Terus bunyi nak ikut ..

Aku wat dek.. jalan wat tak tau .. Dia merangkak kejar !! Dia tau dia tak leh kejar aku , dia berenti dan terus menangis dengan kuatnya ! Dia sembamkan muka dia kat atas tilam.. Nasib baik atas tilam lagi.. Kalau atas tiles , perghhhh.. Berdesing la telinga akuu ..

Bila dia nangis gitu , aku amik dia.. Terus senyum lebar woiii !! Kaki dia dihayun dengan penuh girang ! Hahahaha .. Anak aku nehhhh ! Mana belajar pon tak tau laaaa …

Disebabkan dia dah beria nak ikut , aku bawak dia pusing pusing dulu dengan kereta sementara menanti mak dia siap solat dan berhias koo ..

You May Also Like

8 comments

  1. Tersenyum lagi membacanya.. Qhaliff, Qhaliff.. pandai hang berdrama ye =)
    Selamat hari Jadi to Mummy Qhaliff.. Yeah, pasni dpt adik baru :) Siap hang Qhaliff, kehkehkeh..

    BalasPadam
  2. bestnya tudung ariani.
    happy birthday zla

    BalasPadam
  3. hahaha takat panggil tak layan dah, nak kena deodorant bagai si bapak baru dia ambik serious. pandai Qhaliff pandai. Happy new year to u guys... have a blessed one.

    BalasPadam
  4. assalammualaikum abg ben..
    wahh qhaliff dah 9bulan ekk.. kejap je masa berlalu... smoga qhalif membesar menjadi anak yg soleh dan berbakti pada keluarganya.. aamiin.. peluk cium utk qhaliff.. :D

    BalasPadam
  5. Lawak la..bila daddy bersemburan baru dia cnfirm mmg nk kluar..

    BalasPadam
  6. Lawak la..bila daddy bersemburan baru dia cnfirm mmg nk kluar..

    BalasPadam
  7. hahahahahahahahha.. kelakar la entry yang ni, Abg Ben.. nak kena tongkat la tu cikgu dia kalau dia kata nak daftar cucu ker.. hehehehehehe.. (^_^)
    Qhalif, bijak bijak... dia dah tahu dah bila daddy dia nak jalan2.. (^_^)

    BalasPadam
  8. tak lama lagi dah nak setahun .skejap je kan ;)

    BalasPadam