AES diteruskan di Putrajaya ! Satu penganiayaan ..
“ Putrajaya akan meneruskan operasi kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun pembekuan pada pendengaran saman oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. “
Dalam satu akhbar online yang aku baca baru-baru ni ada memberitahu yang sistem AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu.
Itu baru 14 kamera yang dipasang .. Kalau 831 kamera dipasang menjelang akhir 2013 dengan alasan nak menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.. Kononnya laaa .. Tapi pasang kat bawah jambatan jalan lurus yang takde kes kemalangan pon ?
Kalau benar la nak tangani masalah kemalangan ni , g letak kat tempat tempat yang sepatutnya .. Kenapa ? Tak menguntungkan ke ?
Semalam , aku lalu dan nampak la penguatkuasa bawah jambatan tu siap dengan kamera yang diletakkan di bahu jalan .. Jalan lengang.. Had laju 80kmj .. Cuaca panas tak silap aku .. Nak suruh pandu berapa laju situ ? 80 ? Bila jalan lengang , takkan nak bersantai atas jalan raya sedangkan kita boleh jimat masa .. Nak tanya skit , yang dok bagi saman ni , ikut ke peraturan jalan raya ?
Jangan bebankan rakyat . Yang sedia ada pon dah cukup membebankan . Bila rakyat tak sokong , kata tak kenang budi .. Bila dah sokong , sakit hati !
Janganlah lupa.. Yang tinggal di Putrajaya ni , penjawat awam .. Kalau tiap bulan satu saman , baik CUEPACS mintak kerajaan sediakan tambahan elaun untuk bayar saman ..
Dah tambah sorang lagi kawan aku di Putrajaya ni kena saman.. Memula dia ingat dia takde .. Check punya check .. ada satu ! Huhuu .. Ini bermakna , kawan aku yang aku kenal dah ada saman AES ..walaupun bukan semua la.. Er , tak tanya semua pun lagi.. hehe.. Tapi 4-5 orang ada dah ..
Nak didik rakyat supaya bijak uruskan waktu ? Hurm.. Dah urus baik dah pon .. Keluar gi kerja yang depan mata tu pon dah bagi setengah jam awal . Ikutkan dalam tempoh setengah jam tu , dah leh sampai Gombak dah , kalau dari Putrajaya padahal nak ke opis yang tak sampai sekangkang kera tu haa ..
Janganlah semata mata nak cepat dapatkan semula kos sebanyak RM700 juta tu , rakyat jadi mangsa ! Bukannya tak leh bayar saman tapi janganlah pijak kepala rakyat ..
Nak didik , guna akal .. Bukan guna poket ..
Entri berkait AES yang aku dah buat ..
Tahniah ! Daddy dapat saman AES . Dua lak tu ..
12 comments
merepeknyalah AES ni...saman dah la melampau-lampeu harga..
BalasPadamSENARAI ENTRY-ENTRY TERBAIK DARI BLOGGER#UPDATE(Klik Di Sini)
oh putrajaya wajib kena buat jugak, mana nak cari duit nak melobi rakyat.. banyak nak kena pakai duit tu, pasalnya najib cakap berjuang dengan apa cara sekalipun asalkan putrajaya tak jatuh ketangan pembangkang.. tp yg pasti yg mengundi di putrajaya nanti kebanyakannya bangla, indon dan nepal..
BalasPadamkalau komen ini mengundang padah, tlg jgn publishkan ye
try bawak kereta di singapore baru tau
BalasPadam@Rosniena singapore besar mana ??
BalasPadamrakyat didahulukan der... AES letak dekat kawasan yang tak logik..
BalasPadambg BR1M 500 sethun je dah canang x berenti kat tv meluat aih bukak tb skng ni..
penuh iklan depa ja..
ahaha..nak suruh rakyat pandai urus masa? bukan selalu ke tengok orang kenamaan guna escort masa peak hour orang tengah jem gila sbb dia nak cepat sampai ke destinasi..
BalasPadamkalau nak suh orang jimat masa, diri sendiri kena la tunjuk contoh yang baik..keluar awal..jgn time peak hour tu nak mudah mudah je suh polis halau orang ke tepi supaya ko boleh sampai tepat pada waktunya..dasar kepimpinan otak udang!
say no for AES
BalasPadambagi aku aes ni bagus tapi dengan syarat setting had kelajuan tu kena betulkan dulu..
BalasPadammarah nampak abg ben?sy setuju sgt pndpt abg ben ni..betul tu,bla rkyt x sokong ckp tk kenang budi, bila dh sokong tgk lah apa dh jd...klau mcm pasni pakat naik basikal lah kita klau nk g kerja..dh tk yah kena saman tp tulh kena berpanas berhujan lak..
BalasPadamTak logik betul saman AES tempat-tempat yang takde kemalangan. Memang nak pijak kepala rakyat. nak cover balik duit yang dia dah bagi. Biasalah goverment itu sahaja strategi dia. dah bagi ada je cara dia nak amik balik. rolling duit cara taknampak kononnya. tapi rakyat bukan bodoh duduk dalam pondok.
BalasPadammy fren pon dah kena. paling sian, lambat bayar kena naik court. dah la pregnant kena turun naik court. dia bawak kereta mitsubishi tu dia ckp mana logik jalan lenggang ke cj putrajaya tu 80km/h? memang hazab...
hahah tetibe amok pepagi hari ni. nasib la dah abis belajar dekat MMU tu. kalau tak tiap2 hari kena saman kot...tak logik la... 80km/h highway gitu..
Style Me Gorgeous By Qashmere For All & Plus Size Fashion
Blog Qashmere
Take Care Bro
sape yang menyokong aes tu kene bace entri ni.....sakit ati aes ni nokk..
BalasPadam55 tahun Janji Dicapati abg Ben oi.. Pi mai pi mai tang tu gak la.. Dapat duit drpd duit sndiri.. Kite dok bayar saman, dy dok bangga bagi kita duit dr hasil saman.
BalasPadam