Dari Mstar Online ..
NINA Suraya Sulaiman, 24, (tengah) sebak, cuba ditenteramkan oleh ahli keluarganya ketika bercerita kepada media selepas pembantu rumahnya dari Acheh, Yulaina, 23, dijatuhi hukuman 20 tahun penjara oleh Mahkamah Seksyen Kuantan, Pahang pada Selasa selepas didapati bersalah melambung dan menghempas anak Nina Suraya iaitu Mohamed Hareez Mohd Zamri yang berusia empat bulan di Kuantan, Pahang, pada Jumaat lalu. Nina amat bersyukur selepas pendera anaknya dijatuhi hukuman setimpal. –fotoBERNAMA
Hurmm .. Selepas tengok video amah lambung bayi tu , rasanya 20 tahun tu macam ‘mudah’ sangat .. Tapi sapa la kita nak pertikaikan kan ? Hurmm.. Aku tau , ramai yang geram hingga rasa macam nak lambung dan smackdown je amah tu .. tapi faham faham je laa ..
Harapnya kejadian memberi sejuta pengajaran buat semua amah amah mahupun ibu bapa di Malaysia .. Apakah pengajarannya ? Sila tengok video tu .. hehehe ..
Video tu ? Hehehe.. aku tak sampai hati nak letak dalam blog aku .. Aku tengok pon rasa rasa nak bagi ‘tombstone’ je kat dia !