Dari dulu aku dah perasaan masalah ini akan timbul .. Kebanyakkan ‘orang’ suka buat giveaway dengan memberikan hadiah domain .. Ok , takda masalah .. Bagus la kan ! Menda percuma .. Bukan susah pun ..
Tapi masalah akan timbul selepas tamat tempoh domain tu .. Pemilik blog perlu renew domain tu semula .. Jika domain diregister atas nama pemilik blog , takde masalah … Tapi jika bukan , pastinya akan bermasalah ! Ramai yang kurang arif bab ni ..
Sepatutnya , mereka yang nak buat giveaway dengan memberikan domain ni perlu tau prosedur yang betul . Bukan apa , nanti bermasalah belakang hari seperti yang berlaku pada blog LyssaSecret. Skang ni susah hati dah pemiliknya .. Dah berhari bersawang ..
Jadi , kalau korang nak buat giveaway tu .. pastikan hadiahnya tidak memudaratkan pemenangnya nanti. Sila rujuk pada pakar .. Aku bukan pakar la.. Hehehe ..
Sian Lyssaa … Dah cuba daya tlg dah ni .. Harapan skang cuma pada company tu jer ..