Gym tutup jap waktu lunch.. Pagi tadi dah datang.. Memang aku akan dtg pagi dan petang kalau ada masa lapang.. Serius nak lemak neh !! Dan ternyata berhasil. Antara produk digunakan selain senaman yg betul ialah FELINNA dan protein herbalife.. Nampak hasilnya wooo sbb ada kawan tegur aritu kata aku nampak kurus terutama tang muka.. Lalalala...
Tang badan tu , tak kisah la kurus. Berketul sangat pun nanti org kata gay atau dikebasnya gmbar tu , dibuatnya profile palsu .. Tak takut sungguh dgn ALLAH ..
Okeh.. cerita panjang tak guna.. Jom peluhkan diri .. Kang nk balik dah ..
“ Betul bang .. Saya sendiri pon menyesal tapi apa nak buat.. Skang ni pun dah umur 35 .. “.
Yup .. berbual soal kawin . Aku sekarang umur 37 dan punyai anak berusia 9 bulan. Lagi 6 tahun , dia akan bersekolah dan aku dah berumur 43 !! Perghhh.. Gi daftar anak dengan usia gitu .. Anak masuk U , aku bertongkat dah ! Heheheh ..
Perbualan diteruskan dengan soalan soalan yang lebih peribadi. Kenapa dan mengapa ? Perbelanjaan dan perkahwinan campur. Teman bual aku tu , berbangsa india yang sangat mengenali masyarakat Melayu kerana dah berada dalam masyarakat melayu sejak kecil lagi. Malah katanya , dulu kerap ikut cara orang Islam seperti bangun awal subuh , berbuka puasa sama sama .. Selebihnya tak sempat nak interview sbb balik gi amik Qhaliff ..
Kesilapan yang dia akui ialah tidak menabung dan membuat aset seperti membeli rumah terlebih dahulu memandangkan dia bekerja dengan bank .. Amat mudah untuk membuat pinjaman andai nak beli rumah.
Disebabkan ikut darah muda yang inginkan keseronokkkan , semua itu tidak diendahkan. Dan aku tidak nafikan kerana aku sendiri macam tu. Bila dah cecah 30 an , baru nampak semua tu ..
Terlewat ? Masih belum terlewat cuma agak terkejar kejar .. hehehe .. Korang yg masih muda , amik pengajaran kehidupan rakan rakan yang ada disekeliling .. Buka mata dan nilai .. Jangan nampak yang buruk saja .. Amik dan jadikan pengajaran ..
Alhamdulillah .. Pagi yang menenangkan aku walaupun mengharungi jalan jammed untuk sampai ke Cheras . Terpaksa itu jalan potong yang mungkin ada yang menyumpah seranah aku tapi memandangkan ramai ikut jalan tu dan berjaya menyingkatkan perjalanan selama 10 minit , aku terpaksa ikut ‘mereka’ .. heee .. Maaf la yer .. Asyik aku je bagi jalan … hehehe ..
Nasib baik dalam perjalanan tadi , dia tak buat karenah langsung. Dok membebel jer ..pastu pandang aku dan tunggu aku senyum , dia balas senyuman tu .. heee.. Nasib baik aku tengah memandu .. Kalau tak , sahih kena gigit aku !
Sehingga sampai rumah , dia cool jer .. Lega sungguh aku .. Kalau dulu , dah mula bising dah sbb lama sangat dalam kereta .. Kena rasuh dengan video Upin Ipin baru ok ..
Yelah kot .. Semakin meningkat usia baby , semakin matang mereka .. Harapnya begitulah untuk usia usia mendatang ..
Bila aku post gambar ni di Facebook , ramai kawan tertanya tanya , apa kes dengan gambar ni ? Apakah kaitannya ? Ahaaa.. Sama juga ketika aku dok membelek belek buku ni , ternampak tajuk yang menarik dan banyak lagi tajuk tajuk yang berjaya membuatkan aku membeli buku bertajuk RAHSIA YAHUDI DALAM FILEM HOLLYWOOD ..
Apakah tajuk lain yang menarik ?
Lagi , lagii ????? Haaaa …
Wah , macam menarik kan ? Persoalannya , boleh percayakah ? Waduhhh … Kenapa tak boleh percaya ? Syaitan mmg wujud kan ? Dajjal juga wujud kan ? Apakah kita sekadar percaya ianya wujud tanpa amik tau apakah agenda mereka yang menyembahnya ?
Percaya atau tidak , bila baca buku ini kita akan nampak banyak kebenaranya.. Kalau digoogle dalam internet ni pon , banyak sebenarnya . Cuma ada antara kita , malas nak percaya !
Wallahualam .. Yang pastinya , agenda mereka benar benar buat kita alpa dengan suruhan ALLAH ..
Adik aku tunjukkan dua botol aiskrim yang dibelinya .. Katanya ada 3 .. Satu dah dipotong untuk mengetahui apakah menda dalam tu .. Dan sahih , kapas .. Bayangkan jika ianya dah dikeraskan dan dibeli anak anak kecil kita ..
Hurm.. Mengalir air mata aku tengok kesudahan drama yang cukup cukup cukup menarik ini ! Sejuta pengajaran terkandung dalam drama yang cukup simple ini ! Sejuta pengertian yang mampu dikupas kerana ianya berlaku setiap hari dalam kehidupan kita.
Drama ni dilakonkan dengan baiknya oleh Eman Manan. Pelakon yang tak perlu pacak muka atau fizikal untuk memastikan lakonannya menarik ! Serius , aku minat giler lakonan dia sbb dia berjaya hayatinya ..
Rasanya yang ni kisah kedua untuk drama Rahmat .. Ana nak susu .. Kisah pertama dulu pun mmg cukup meninggalkan kesan pada penonton ..
Drama sebegini patut ditayangkan di cerekarama TV3 agar semua orang boleh menontonnya. Kalau sekadar di Oasis, berapa ramai sangatlah yang boleh nikmati seterusnya mendapat pengajaran darinya..
Terbaik !! Tahniah !!!
Risau sebenarnya aku nak bawak dia keluar gi basuh kereta ni tanpa sebarang bekal. Maksud aku tanpa susu botol langsung dan dia pulak baru lepas mandi. Kiranya belum lagi disusukan sbb mak dia dok sibuk mengemas kat rumah. Sebelum mandi tu , dah bagi makan dan susu la .. Cuma kebiasaannya lepas mandi tu akan disusukan lagi .
Jarak rumah ngan tempat basuh kereta ni tak la jauh mana pun .. Dalam 5 minit je pon .. Tapi risau tu tetap ada sbb kalau budak dah start nangis , kalau dibiarkan boleh sawan diorang ni .. Sbb tu tak nak sampai tahap gitu ..
Tapi apa yang aku takutkan , tak menjadi kenyataan.. Alhamdulillah .Selama menanti kereta siap ( lebih kurang setengah jam sbb banyak kereta ) , dia ok jer .. Membebel dan layan youtube dengan aku ..
Sehinggalah kereta siap , dia diletakkan atas car seatnya , dia masih cool .. Menguap , aku pasang aircond dan dia hampir tertidur .. Belum sempat nak tutup mata , dah sampai rumah ! Terus kasi kat wife , disusukan dan … Zassss… Lena atas katil ni dan aku duduk disebelahnya sementara wife tunggu orang gaji harian datang untuk bantu dia kemas rumah ..
Makin besar makin bagus .. Alhamdulillah .. Berkat doa ibunya serta rakan rakan sekalian .. Terima kasih ..
Suami isteri dan seorang anak perempuannya saja yg uruskan bisnis cuci kereta ni.. Baru pukul 10 pagi , hampir 10 buah kereta yg dtg mandikan kereta mereka.. Sebijik , RM10. Mmg puashati !!
Petang macam mereka jual pisang goreng lak sbb ada gerai depan carwash mereka ni .. Rajin rajin .. Anaknya pulak sambil tolong sambil buat kerja sekolah ..
Rezeki di mana mana jer.. Nak tak nak je gali ..
Alhamdulillah.. Semakin besar anak teruna aku neh .. Makin galak dia bermain dan murah dengan senyuman ..
Dan gemar layan alif ba ta tp bila mak dia ngajar, mula garu kepala.. Pastu pelan pelan lari !!! Memang anak bapak betul.. Ni tamo ikut okeh , Qhaliff !!
Bulan depan. setahun sudah !! Tp takde plan nak buat besday pon .. InshaAllah , nak sedekah sedikit kat surau di kg wife ... Mana termampu je .. Jika diizinkan Allah..
Semoga membesar dgn sihat dan jadi anak yg soleh ..
Di Sogo buat pertama kali dalam tahun 2013 .. Baru nak suap makan setelah penat beratur beli air , tiba-tiba loceng kebakaran berbunyi dengan cantiknya tanpa henti !
“ Camana ni bang ? “ . Wife tanya aku ..
“ Apa apa , kita makan kasi abis dulu .. Pastu baru fikir apa nak buat .. “ . Jawab aku sambil memotong daging ayam black pepper yang menyelerakan tekak aku tu ..
“ Orang lain rileks je bang ? “. Wife tanya balik ..
“ Rileks rileks jugak .. Kang kalau betul , masak kita .. Lagi pun bukannya tak pernah ada sejarah terbakar Sogo tu .. Tu pasal kena waspada gak ..
Sebenarnya dalam waktu wife dok kalut membeli barang Qhaliff , aku dok perati jer kiri kanan andai berlaku kebakaran , di mana pintu kecemasan .. Mana la tau kan …
Aku teruskan makan dalam gopoh gapah. Tak terasa kesedapan dah .. Mata dok memandang ke arah tangga ekslator .. Cool je diorang ! Tapi loceng masih berbunyi .
Dalam pada masa tu , terdengar pengumuman. Tapi sayangnya aku tak dengar apa sepatah pon ! Ahh , sudahhh .. Tawakal je la .. Apa pon , kasi abis makan dulu .. Heee ..
10 minit kemudian , loceng berenti .. Aku pun lega .. Hehehe.. Sayangnya makanan dah abis ! Wife punya daging kambing masih ada.. Hehehe.. Kacau dia punya !
Kalau betul berlaku kebakaran tadi , aku di tingkat 6 Sogo ! Dengan orang yang ramai berada dalam tu , entah camana la nasib kalau memasing berasak asak !
Aku tak suka pergi Sogo pada hujung minggu. Padat !! Tp dah itu je hari yg boleh aku dan wife pergi.. nak kata apa dah kan ?
Yang tak bestnya bila dah padat ni .. nak jalan pun susah ! Nasib baik Qhaliff dah ditinggalkan pada mak aku. Kalau tak ??
Dan aku pulak yg pening.. Nak mengekor jer wife sambil pegang bakul.. Tak ikut kata ..
" Baru 5 tahun nikah dah jalan asing asing .. ".
Haaa.. camana tuuu ?? Kalau ikut , berasak pulak dengan kaum hawa !! Kanggggg jd kes lain lak !! Mana la tau kot ada yg nk berkenalan keee sambil sambil pilih baju tuuu .. heeee..
Dan cam biasa.. Nak cari baju anak tp yg dilebih cari ialah kehendak mak !! Belinya tak .. beleknya lebih ... Grrr..
Bila laki cuci mata ..kata gatal lak... Huh..
Dulu .. Dia takut duduk dalam tu sorang sorang .. Skang ni dah boleh main sorang sorang dah .. Dalam tak sedar , umur dia dah cecah 11 bulan .. Sebulan lagi utk capai usia 1 tahun !!!
Pasni kena start belajar dah ..
Aku terbaca di wall Facebook seorang rakan yang akhirnya , aku ke blog tersebut untuk membacanya .. Yelah , dulu asik disogokkan dek buku teks sejarah hanya untuk lulus ujian dengan cemerlangnya tanpa ambil kira kesahihan fakta tersebut ..
Tapi aku tak kata la apa yang aku baca di blog ini adalah benar belaka tetapi sekurangnya ianya membuka minda aku mengenai dunia sebenar yang telah disembunyikan dari kita .. Benar atau tidak , kita ada akal dan ilmu untuk menilainya . Jangan pulak ada manusia kata aku nak timbulkan spekulasi ! Guna akal untuk menilainya ..
“ Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?
Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri. “. – Misteri Kejatuhan Melaka
Cukup untuk membuatkan aku berfikir mengenai situasi sekarang di negara kita yang mana ada yang sanggup jual negara asalkan tekak dan perut mereka penuh dengan makanan yang akhirnya menjadi tahi !
Aku tak suruh korang percaya . Aku cuma nak kita fikir memandangkan kita dah diajar membaca dan menilai ..