Aku terus terang , aku antara lelaki bila dah mula membebel .. memang payah sungguh nak berenti ! Bila pasti akan berenti ? Bila dah mula bertekak ! Haa.. sila jangan jadikan aku calon suami anda yer ! Hahahahhah ..
Bebel .. Berleter .. Ianya bukan dalam istilah memberi nasihat sebaliknya lebih pada nak ‘lepaskan geram’ dalam bentuk kata kata .. Kalau nak nasihat , memadai dengan sepatah dua kata tetapi ini dah macam perang lak … bertalu talu air liur keluar dari mulut tu tanpa henti !
Yang berleter tu , sedap laaa .. Yang kena leter tu ? Perghhh.. cair taik telinga yang dah sedekad dah melekat di gegendang telinga tuuu ..
Ada manusia rela dipukul je dari dileter sbb bila dileter , bukan telinga saja jadi mangsa tetapi hati , otak dan paru paru juga boleh terjangkit ! Kenapa ? Sbb cari rokok untuk lepaskan geram lak !
Bebel ni , dengar je cam mudah tapi ianya juga sejenis penderaan mental malah lebih dasyat dari penderaan fizikal ! Tak caya ? Carilah pasangan hidup yang suka berleter ! Aku yakin anda pasti akan dikehendaki polis tidak lama kemudian !