Kalau suami bebel , camana pulak ?

by - Selasa, Ogos 20, 2013

 

Aku terus terang , aku antara lelaki bila dah mula membebel .. memang payah sungguh nak berenti ! Bila pasti akan berenti ? Bila dah mula bertekak ! Haa.. sila jangan jadikan aku calon suami anda yer ! Hahahahhah ..

Bebel .. Berleter .. Ianya bukan dalam istilah memberi nasihat sebaliknya lebih pada nak ‘lepaskan geram’ dalam bentuk kata kata .. Kalau nak nasihat , memadai dengan sepatah dua kata tetapi ini dah macam perang lak … bertalu talu air liur keluar dari mulut tu tanpa henti !

Yang berleter tu , sedap laaa .. Yang kena leter tu ? Perghhh.. cair taik telinga yang dah sedekad dah melekat di gegendang telinga tuuu ..

Ada manusia rela dipukul je dari dileter sbb bila dileter , bukan telinga saja jadi mangsa tetapi hati , otak dan paru paru juga boleh terjangkit ! Kenapa ? Sbb cari rokok untuk lepaskan geram lak !

Bebel ni , dengar je cam mudah tapi ianya juga sejenis penderaan mental malah lebih dasyat dari penderaan fizikal ! Tak caya ? Carilah pasangan hidup yang suka berleter ! Aku yakin anda pasti akan dikehendaki polis tidak lama kemudian !

You May Also Like

10 comments

  1. lelaki kalau membebel, mengalahkan perempuan.. isk3.. tak tahan nak dengar..

    BalasPadam
  2. asben saya bebel.. saya diam je.kalau saya marah pun saya diam jugak. tapi bila saya nak cakap sesuatu masa keadaan cool. saya pun bebel jugak.. tapi bebel time gurau2.. time sembang santai2.. kiranya nak bebel tu bukan dalam keadaan tegang la. Kalau bertengkar tu.. saya banyak diam & cakap bila di suruh jer.. time tu memang la macam lepas geram tapi tak banyak perkataan sangat la. Di bebel memang lebih menyakitkan. dalam bebel ada unsur tuduhan.. kejian.. marah & macam2 unsur tak baik sebab tu kadang2 lebih sakit dari kena pukul. Jadi membebel lah sekadart ala kadar.

    BalasPadam
  3. kalau suami bebel. pompuan lagi kuat bebel. hahaha

    BalasPadam
  4. Saya percaya cakap bro sebab asben saya tu kalau berleter memang kalah lah bininya ni sebab dia kalau berceramah boleh non stop smapi 4-5 jam setakat nak berleter kat anak bini sejam dua tu kacang je bagi dia...ahahaa...

    BalasPadam
  5. Saya percaya cakap bro sebab asben saya tu kalau berleter memang kalah lah bininya ni sebab dia kalau berceramah boleh non stop smapi 4-5 jam setakat nak berleter kat anak bini sejam dua tu kacang je bagi dia...ahahaa...

    BalasPadam
  6. Ramai di antara para suami yg tidak tahan dengan karenah isteri yg selalu dan asyik membebel setiap hari masa dan ketika. Meski kita tau, apa yg dibebelkan kdg ada benarnya, cuma keegoan seorang suami tidak pernah mahu mengakui kebenaran itu. Tapi tidak dinafikan, ada juga bebelan yg tidak berasas langsung, tapi biasalah dah ditakdirkan perempuan ada sembilan nafsu dan satu akal. So, membebel aje la kerjanya bila hati tidak merasa puas dgn segala sesuatu.

    Pernah pada suatu ketika, datang seorang lelaki ke rumah Khalifah Umar Ibn Khattab r.a. untuk mengadukan karenah isterinya. Setelah menunggu beberapa lama di hadapan pintu rumah Khalifah Umar, tiba-tiba dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah-marah, tetapi Khalifah Umar tidak berkata walau hanya sepatah pun. Khalifah Umar hanya mendiamkan diri dan tidak menyahut. Melihatkan keadaan itu, lelaki tersebut melangkah pergi meninggalkan tempat itu sambil berkata pada dirinya sendiri, "Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku?"

    Tetapi sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi, Khalifah Umar keluar dan memanggilnya. Umar bertanya kepadanya, "Apakah tujuan kedatangan mu?" Lalu lelaki itu menjawap, "Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu kelakuan isteriku. Dia sangat cerewet dan selalu menghamburkan kata-kata kesat terhadapku. Akan tetapi, apabila aku sampai kesini, aku dengar isteri Tuan juga sama seperti isteriku."

    Lalu Khalifah Umar menjawab, " Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu kerna dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadap diriku. Dialah yg memasak makananku, dialah yg membuat roti bagiku, dialah yg mencuci pakaianku, dialah yg menyusukan anak-anakku, padahal itu bukan kewajipan baginya. Dan dialah juga yg mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan diriku daripada perbuatan yg haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yg dikatakannya mengenai diriku."

    Lelaki itu menyahut, " Ya Amirul Mukminin, demikianlah juga isteriku." Lalu Khalifah Umar menasihatinya, " Saudara, bersabarlah menghadapi isterimu kerana keadaannya itu hanya sebentar saja."

    Dengan itu wahai sahabat-sahabat dan suami-suami, tidak rugi jika kita jadikan kisah ini sebagai panduan hidup kita sehari-hari apalagi buat suami yg bernasib baik kerna memiliki seorang isteri yg selalu membebel asyik pot pet pot pet setiap hari.

    BalasPadam
  7. senang je carik lain hehehe,
    biasanya kalau org lelaki membebel kita org pompuan elok diam kan, sat lagi lain pulak yg jadikan...

    BalasPadam
  8. salah satu fitrah wanita tu membebel.. mereka lemah.. mereka bereaksi dgn kata kata sj..yg membebel tu lah yg besarkan kita, dan anak kita.. ada yg besar berjaya hasil dgr mak membebel.. maka harap lelaki dapat terima kelemahan wanita yg sedikit sebanyak satu kurniaan Allah dalam ketaksempurnaan wanita.. bygkan kalau wanita mcm lelaki x membebel tapi diberi kekuatan sama sepeti lelaki...

    BalasPadam
  9. dah penat bebel, senyaplah dia.. ;)

    BalasPadam