Maaf , tiada television di rumah ini !

by - Rabu, Ogos 21, 2013

 

Saya takde tv , so saya tak boleh pakai alasan tv , balik rumah suap anak anak makan , bagi mandi , buat homework sekali , torak torak sampai lena semua ..

Test bacaan dalam solat , ulang iqra , dah tidoq . Daddy seterika baju , mummy basuh baju .. kol 1 am .. pengsan. Kul 5 pagi buat sarapan , solat sekali kat surau rumah. Sapa lambat mandi , daddy jirus atas katel terus ! “ – Whatsapp dari group aku ..

Pergh.. terkedu jap aku ! Ini kali kedua aku mendengarnya dari mulut orang yang berjaya membimbing keluarga mereka ! Mereka juga orang yang berjaya dan berjaya melahirkan anak anak yang berjaya !

Tiada tv dirumah mereka ! Ada yang mungkin kata , berkemungkinan besar anak mereka akan mengalami kejutan budaya tapi alhamdulillah .. dari apa yang aku nampak , cara bimbingan mereka , mmg berjaya membentuk keperibadian yang baik sekali !

Qhaliff , daddy nak jual smart tv tu nanti ! Dan semua gadget daddy ! Sapa jua 3310 ? ke 3210 ? Aku nak guna tu jer.. Kalau Qhaliff nak main game , main game ular tu jer ..

Apa pendapat rakan rakan FB ?

image

You May Also Like

10 comments

  1. umah sy ada tv masa sy drjah 6. peti ais memang pas sekolah menengah baru ada. alhamdulillah rasa better tak dak tv petiais dr ada. sbb lepas ada petiais baru minum air ais. ada petiais asyik nak minum ais je..bukan elok

    BalasPadam
  2. jual tv tu boleh, kalau nak jual gajet2 daddy tu jgn cari pasal dgn kami pengikut blog ni...tak pasal2 kami tak dpt perkembangan terbaru budak kembang tu...hehe

    kami akan buat himpunan aman kalau ianya benar2 terjadi. :)

    BalasPadam
  3. orang yang hebat mampu melakukan benda ni & akan dapat hasil yang hebat.. sayangnya saya sendiri pun tak mampu buat sehebat tu. Kita hari2 dedahkan anak2 dengan tv & gadget2 berteknologi..

    BalasPadam
  4. depends on cara ibu bapa la...

    mmg xde tv tu bagus..tp kdg2 tv ni bole mendidik juga. such as, utk kita2 yg dah dewasa tua ni..bila buka siaran alhijrah, oasis..bnyk belajar dr situ.. alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. takder tv lagi bagus anak aku asyik tgk tv...sendiri pandai tekan remote...mak now citer adik.....haru biru rumah....tunggu astro potong line tv rumah aku baru aku stop tak tgk tv.....

    BalasPadam
  6. kitorang mmg ade tv tp akak yang sulung la yang kontrol bagi jangan adik beradik yang lain tgk tv.. tv khas untuk ibu bapa sahaja... alhamdulillah... smua membesar dgn bagus... hehe

    BalasPadam
  7. my fren lecturer dan isteri suri rumah.dua2 berpangkat Dr.kat rumah diorang takde tv langsung cuma ada laptop.anak2 mereka cuma tgk channel tv kanak2 thru internet/youtube.itu pun mereka pantau..kesan didikan mcm tu..anak umur 2 tahun dah pandai baca,speaking memang berhabuk dan kreatif.boleh tak kita wat camtu..huhu

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum.
    Di rumah saya juga tiada televisyen. Tapi bukan kerana ayah paksa kami untuk tidak menonton televisyen. Dulu kami ada televisyen tapi ahli keluarga tak berminat nak tengok tv. Jadi kami berikan pada orang kalau tak silap saya. Lepas tu hidup kami berjaan macam biasa, tak rasa terseksa tak ada tv sebab masa ada pun tak tengok. Alhamdulillah, adik-adik saya tak culture shock sebab adanya internet di rumah. Kot. Semua ibu bapa ada pendekatan masing2 untuk mendidik anak2 mereka, mereka pasti tahu apa yng terbaik untuk anak mereka. In shaa Allah

    BalasPadam
  9. rumah saya pun takde tv. bg saya takde tv tak memberi kesan apa2 pada kehidupan saya dan suami. tp kalau internet tiada, mmg rasa mcm haru biru sikit. hehe. sbb seperti abg ben, saya dan suami membuat kerja freelance melalui internet. dan dlm internet pun dah ada live streaming tv, dan kalau cerita2 bersiri luar negara dan dalam negara pun mmg sentiasa ada org update setiap hari. saya dah dua tahun hidup tanpa tv. anak2 pun tak kisah dgn tv, paling tidak pun saya carikan cerita kartun di youtube atau download. selebihnya mereka akan bermain dgn toys dan membaca. saya kalau tgk tv sekali-sekala di rumah mertua, rasa mcm dah tak sabar, sbb kejap2 iklan;-)

    BalasPadam
  10. salam abg ben

    tiada tv dalam rumah mungkin bertentangan dgn arus dan kelaziman biasa, tapi kesan kpd anak2 juga pasti berbeza dgn kebiasaaan anak2 yang membesar makin bermasalah. boleh cuba =)

    BalasPadam