Berbaloi ke jadi blogger ???

by - Sabtu, Ogos 31, 2013

 

Baru-baru ni , aku ada ikut rombongan media ke Perak dan Pulau Pinang untuk sambutan Hari Raya anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia .

Aku ikut sebenarnya ada satu tujuan.. Hanya satu tujuan !! Untuk cari network bagi merealisasikan impian aku selama ini ! Impian aku setelah bergelar blogger !

Dan di Pulau Pinang , aku berjaya melakukan langkah pertama yakni bersemuka dengan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato Mirza untuk meluahkan segala idea aku bagi membantu mereka mempromosikan sektor pelancongan negara ini !

Alhamdulillah ! Kerja giler aku ‘menyekat’ sebentar pergerakkan Dato Mirza , berbaloi ! Beliau sendiri pun aku respek kerana sanggup luangkan masa untuk dengar idea aku tu.

Kemudian , dia mintak aku hubungi dia . Dia bagi kad untuk perbincangan selanjutnya di pejabat !

Selang beberapa hari , aku email padanya seperti yang beliau minta .. Dan … tiada jawapan untuk beberapa hari . Tapi , aku sabar sbb aku dulu pun penjawat awam. Tau sangat laa bab email ni .. Bos bukan selalu ada dalam pejabat.. Sibuk benar mereka .

Dan hari ini ! Hari ini satu sejarah buat aku bila …. email aku mendapat jawapan ..

Tuan,

Sukacita saya diarah merujuk pekara di atas.

Untuk makluman, YBhg. Dato’ Mirza Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia telah memanjangkan email tuan untuk perhatian Pengarah Bhg XXXXXX pada hari ini. Mohon pihak tuan dapat hubungi Setiausaha kepada Pengarah tersebut iaitu XXXXXX untuk susulan surat permohonan tuan tersebut. T.kasih.  “.

 

Terkedu jap aku . Wow ! Wowww !! Aku kena susun langkah seterusnya minggu depan . Semoga menjadi kenyataan .. InshaAllah.. Alhamdulillah .

Sapa kata tak berbaloi jadi blogger ? Apa yang perlu ada ialah strategi. Mula mula , naikkan blog .. kemudian , keluar dari dunia anda dan mulakan bisnis !

You May Also Like

13 comments

  1. Wow! Sangat tabik dengan abang Ben, chaiyok! boleh makin maju ke depan! :D

    BalasPadam
  2. betol sangat2 tu ... blogger ni just batu loncatan jer

    BalasPadam
  3. betol sangat2 tu ... blogger ni just batu loncatan jer

    BalasPadam
  4. Wahhh semoga semuanya berjalan lancar dan jadi kenyataan . Selamat hari merdeka :)

    BalasPadam
  5. all the best bro
    semoga impian tercapai

    BalasPadam
  6. waauu dashatt ahh,..terpegun saya..berani betol suarakan pendapat..

    BalasPadam
  7. Tahniah... semoga berjalan lancar semua yang dihajati..

    BalasPadam
  8. this is great abang ben...wow, excited juga kita nak tahu cerita seterusnya..majulah tourism untuk negara..haha

    BalasPadam
  9. all the best. tak sabar nak tunggu cerita seterusnya..

    BalasPadam
  10. kdg2 mls nk leave komen dkt comment box abg ben sbb da ramai sgt yg berduyun2 nk komen. ahahah okay sila abaikan pndpt merepek ni. hahaha. anyway, congratulations! good luck abg ben for ur good idea :)

    BalasPadam
  11. dah lama tak dengar perkongsian ilmu dari bro ben... bile la dpt jmpe lg, rasa nak 'menurun' sket.. heeh

    BalasPadam