Bila ‘ Suami pukul isteri ‘ minta maaf ..

by - Selasa, Ogos 20, 2013

Hurmm … Aku up gambar ni di FB dan pelbagai pendapat diberikan dan 100% diluahkan dengan emosi ..

Photo

Tapi , ada satu pandangan peribadi diberikan oleh seseorang yang melihat kejadian itu dengan mata kepala sendiri ( menurutnya) , ditinggalkan pada aku di FB …

“  Salam..abg ben..

sy nak suarakan psl isu suami pukul isteri dlm lif tu..bkn apa abg ben sy sedih plak suami dia ditomah n dicaci walahal kesalahan tu bkn 100% berpunca dari kslahan dia pn.. dia dh la pnt dtg nak jmpa anak dia isteri dia plak dgn lantang membebel mcm2 dkt suami dia tu marahkan suami dia tu dgn mcm2 perkataan..kami menyaksikan sndiri mcm mana perangai isterinya itu...

Sori abg ben luahkn ketidak puasan hati ni kat abg ben.. sori mengganggu abg ben..just nak explain kat abg ben sbb tlalu sakit ati tgk smua yg dok komen2 dkt gmbr tu.. “.

Sebenarnya , panjang lagi tapi aku edit jadi pendek .. Jadi , nilaikanlah sendiri yer .. Aku rasa , mana mana lelaki pon leh hilang kawalan diri bila perempuan bebel tak henti henti depannya ..

Namun tindakkannya itu tetap melampaui batas .. Apa pun , biarlah pihak bertannggungjawab putuskan hal ni dan kita , tak perlulah beria mencaci maki pada mereka yang terlibat sbb ‘ kita tak tau apa apa pun ‘ dan hanya melihat pada satu bukti saja.

Bayangkan jika berlaku pada kita , dan bukti tidak memihak pada kita .. Perghhh .. satu dunia maki kita !

You May Also Like

32 comments

  1. apapun masalahnya, sepatutnya suami lebih bijak selesaikannya... dah memang fitrah wanita emosi melebihi akal, yang selalunya cakap dulu fikir kemudian. kalau pun memang isteri dia tu dah melampaui batas, sepak terajang bukan jalan penyelesaiannya...

    BalasPadam
  2. 1st time sy komen tentang issue ni..asyik baca komen orang caci suami tu ..bkn membela tapi sometimes sifat perempuan tu sendiri yg mengundang kemarahan. Problem mungkin da byk then wife pula asyik pot-pet-pot-pet...siapa yg tidak marah kan...*bukan membela tapi kdgkala wanita tu kena ajar sket* cuma mungkin cara suami tu agak melampaui. :) cheerss !!

    BalasPadam
  3. Haa tu la perempuan, kena jaga sket mulut,jgn lancang sgt sampai tak hormat suami..

    BalasPadam
  4. sokong kadang2 bila dah panas ni mula la kepala nak bertanduk tp tu bukan alasan sampai macam tu sekali...sapa kenal pasangan ni tau la macmana perangai masing2
    www.kucinghitam.net

    BalasPadam
  5. kenapa la manusia sekrg ni nmpk je cerita mcm ni maki...sepatutnya muhasabah diri supaya kita tak tergolong dalam orang yang macam nie...semoga iman kita kuat...bukannya maki orang..tak pasal2 dpt pahala dah dia hehe

    BalasPadam
  6. hari tu bila tengok video tu kat umah, rasa yang sama juga..dari awal masuk lif dapat tengok isteri dia membelakangi si suami sambil bercakap...masa tu mengagak, mesti suami dia marah sebab kelakuan dia yang agak kurang sopan...mengagak2 juga mungkin isteri dia buat tak peduli masa suami dia bercakap...rupanya lebih dari tu..walau apepun yang berlaku dan siapapun yang salah, moga kita-kita ni jadikan iktibar...

    BalasPadam
  7. Kalau betullah isteri dia membebel tak berhenti, tapi saya rasa tak wajar pukul isteri sampai tahap macam tu. Dan lagi memalukan depan anak-anak kecil yang tidak tahu apoa-apa. Memang kesabaran manusia ada hadnya, tapi lelaki adalah manusia yang diberikan Allah swt akal yang lebih berbanding wanita ... mungkin ada tindakan yang lebih bijak untuk mengajar isteri sendiri.

    Apalah sangat daya seorang wanita untuk pertahankan diri dia bila dibelasah seteruk itu ....

    BalasPadam
  8. kadang2, sy yg perrempuan ni sendiri pun xfaham dgn sesetengah perempuan yg xblh kawal emosi.
    suami bru balik keje. penat2 lom jejak kaki kat pintu ag dh membebel2..
    sy faham, ada isteri yg penat kerja, jaga anak, urus rumah tanga. tapi suami pun sama juga. so sama2 la kawal emosi masing2

    BalasPadam
  9. masalah rumahtangga ni rumit...hanya mereka yang terlibat yang tau..

    BalasPadam
  10. saksi kejadian harap tampil memberi keterangan kejadian sebenar pada pihak polis.

    BalasPadam
  11. orang yg menang adalah orang yang sabar.

    BalasPadam
  12. sebenarnya tak kira apa pun alasan atau punca kejadian tapi tidak seharusnya dia bertindak sedemikian. Siapa yang pernah alami tindakan seperti itu sahaja yang faham dan rasai sakit sedih dll...
    Apapun doakan yg baik2 saja...

    BalasPadam
  13. Manusia makhluk sosial ciptaan Tuhan yang unik sekali. Ada plus dan minus dalam dirinya. Ada 'kutub positif' dan 'kutub negatif'. Keduanya saling berebut pengaruh. Ada kasih, ada benci, ada sayang, ada kejam, ada sabar, ada emosi. Sudah sangat jelas kita telah diingatkan bahwa 'isteri dan anak-anakmu dapat menjadi musuhmu'. Tidaklah mudah menjalani kehidupan ini. Berbahagialah mereka yang dapat menahan dirinya dari perbuatan faksya dan munkar.

    Salam cemerlang dari Indonesia !

    BalasPadam
  14. Kalau dia suami yang ada iman, ada akal yang bijaksana, dia tk kan hentam isteri dia macam gengster .Kalau pun si isteri tu ada melakukan kesalahan (dikatakan membebel suaminya) bolehkan si suami membalas dengan melakukan tindakan yang tidak bertamadun seperti itu?

    BalasPadam
  15. membebel?cuma membebel? tp dibelasah sebegitu sekali? depan anak2 pula tu. walau kurang ajar mcm mana sekali pun ayat yg dilontarkan, tak wajarlah dibelasah mcm tu. tidak pernahkah dia mendengar cerita mengenai saidina umar yg dibebel istri tp dia diam bersabar? sy tahu tahap kesabaran tidak blh disamakan dgn khalifah umar. tp umar adalah manusia yg paling garang, paling digeruni masa zaman nya dulu! tp tidak pernah menyepak terajang istri yg sedang membebel! kata umar apa lah sgt dengan penat lelah dia membuat kerja2 rumah seharian, melahirkan anak2 dan bersusah payah mengasuh anak2 pula!

    aduhai lelaki..aduhai..tipisnya iman dan akal sesetengah kalian pd zaman sekarang ini! bagaimana mahu memimpin dan menerajui institusi perkahwinan??bagaimana?? dalam hal belajar,perempuan mendahului, dalam pekerjaan jg skrg didahului,dibantu dgn membayar bil2 dan keperluan rumah serta anak2, lg sekarang perlu berakal lebih lg dr suami supaya dpt memimpin rumah tangga???

    BalasPadam
  16. Kisah rumah tangga depa hanya depa yang tahu tapi kalau tak bersebab takkan isteri nak membebel pulak, gila kot saja2 nak membebel.

    Kalau bengang macam mana pun kalau setakat tampar suruh diam tu kita terimalah lagi ni tumbuk berkali2 kot, tak puas hati siap terajang lagi tu. Ajar eh?

    BalasPadam
  17. betul ru nazliahnazeer.. sy setuju.. ketahuilah para lelai.. perempuan mmg suka membebel.. tu cara perempuan meluahkan perasaan... tp lelaki kene la faham n sabar.. mmg x de perempuan yg x membebel.. tp jgn la smpai membelasah isteri..

    BalasPadam
  18. nilaikannya sendiri ....sekiranya ada rasa amarah...jauhkanlah dari situasi sedemikian agar tidak mengeruhkan suasana......

    BalasPadam
  19. Saya x masuk campur abg ben... Tunggu dan lihat... Undang2 ade.. Sivil ade... Syariah ade.... Hakim ade.. Majistret ade... Hmmm.. Kita tunggu je la.. Amik pengajaran dlm pd tu...

    BalasPadam
  20. biar marah macam mana pun,seorang lelaki yang bergelar 'imam' kena kuatkan mental dan emosi.dalam islam dah ajar kalau marah sangat,ambil wuduk.

    di sinilah kekuatan suami untuk mengawal kemarahan.kalau dah tak tahan sangat,setakat tampar tu,boleh diterima.tapi sampai ditendang...depan anak pulak tu alahai.....

    dia terlalu over melampiaskan kemarahan.itu yang kita nampak.yang kita belum pernah nampak sebelum2 ni???

    BalasPadam
  21. Nak salahkan sape-sape mmg senangnamun yg tahu masalah sebenarnya adalah yg empunya diri, yg printing dlmhidup berumah tangga kena banyak bersabar Dan berbincang...

    BalasPadam
  22. "Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan apa adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang "HALIM"."HALIM" maknanya ialah "SABAR",tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

    Bilakah serang isteri kurang akal?Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar,maka itulah suami yang paling baik"...-Imam Al-Ghazali

    BalasPadam
  23. yg terjadi tetap terjadi,
    lumrah kehidupan bila dah terpampang semuanya org nak cakap tu cakap nie
    so,jadikan pengajaran utk kita yg dah
    berumahtangga minta dijauhkan perkara-perkara yg tak diingini..
    doa byk2 minta yg baik2 je
    insyaallah..

    BalasPadam
  24. Suami ( lelaki) walau akalnya 9 tapi kadang kala bila keadaan panas dgn bebelan atau tekanan yg amat meruncing blh buat mereka hilang kawalan.

    Ye tindakannya salah kerana mengikut nafsu amarah. Tp kita pihak luar ni patutnya perlu selidik apa yg berlaku sebelum menuding jari maki tak tentu pasal. Biar pihak berkuasa je la yg jatuhkan hukuman.

    Pernah dengar tak, kadang kala apa yg kita lihat dpn mata tu tak seperti yg kita sangkakan.

    Wallahua'lam..

    BalasPadam
  25. sedang kan lidah lagi tergigit..tp perasaan marah tu masih boleh di kawal..jika tidak mampu di kawal itu yg terjadi perkara luar kawalan

    BalasPadam
  26. HABANG BEN! CUBA HABANG BEN BAGI PEMBERI EMEL YANG TAK BERAPA PANDAI TU DENGAN AYAT YANG SAYA NAK TULIS NI!! Kalau membebel lepas tu kau nak tendang terajang bini kau? Weh ko ingat bini kau tu anjing ke?????

    Golongan isteri memang terkenal dengan sikap suka membebel atau berleter, tidak kira pagi, petang, siang mahu pun malam.

    Bebelan golongan ini ternyata lebih pedas daripada wakil pembebel lelaki tunggal negara di peringkat antarabangsa, membebel.com yang tak berapa pedas itu.

    Kadangkala bebelan golongan ini tidak berpadanan pun dengan perkara yang dibebelkan itu.

    Namun begitu ada satu cara yang bijak untuk menangani bebelan isteri tercinta.

    Ikuti kisah di bawah ini sebagai pengajaran bagi kita sebagai suami.

    Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.

    Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

    Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

    Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.

    Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

    Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas.

    Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

    Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya,

    "Apa hajat kamu datang ke mari?"

    Si suami tadi menjawab,

    "Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."

    Saidina Umar tersenyum lalu berkata,

    "Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."

    Begitulah kisahnya. Sebagai suami, kita perlu memainkan peranan "senyap" sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia.

    Ingatlah wahai suami. Senyap bukan bererti pengecut. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak bererti penakut.

    Isteri yang menjawab bukan isteri derhaka. Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter, membebel, emo, merajuk, dan sebagainya, juga bukan derhaka.

    Ingatlah wahai isteri. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati. Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahu pun dileteri.

    Sebab itu, di belakang setiap lelaki yang berjaya adalah seorang perempuan (isteri).
    Wallahu a'lam.

    BalasPadam
  27. HABANG BEN! CUBA HABANG BEN BAGI PEMBERI EMEL YANG TAK BERAPA PANDAI TU DENGAN AYAT YANG SAYA NAK TULIS NI!! Kalau membebel lepas tu kau nak tendang terajang bini kau? Weh ko ingat bini kau tu anjing ke?????

  28. kalau si isteri salah sekalipun.. bukan dengan cara macam tu nak ajar isteri, depan anak2 pulak tu dan paling memalukan satu negara tau.

    setuju dengan ahmad zikron..
    'saksi kejadian harap tampil memberi keterangan kejadian sebenar pada pihak polis.'

    BalasPadam
  29. still sy x boleh terima.cakaplah apapun,berilah alasan macam mana pun,tindakan lelaki tu sgt melampau.x boleh di terima akal.pukul mcm x igt dunia.heyyy bini kau tu manusia!bukan sbrg benda kau nk tmpar nk sepak terajang!tak guna punya lelaki!

    BalasPadam
  30. yg bela lelaki tu mesti bini muda dia....huehuehue

    BalasPadam
  31. Kedua-dua belah pihak perlu muhasabah diri
    Sikap ibu bapa memberi pengaruh besar kepada pembentukan sahsiah anak pada masa depan mereka.. oleh itu sikap sabar, bertoleransi dan pemikiran rasional perlu dipraktikkan dalam kehidupan berumah tangga
    Istighfar dan banyak2 mengingati Allah dlm setiap tindakan

    BalasPadam