Wow ! Aku ada membacanya di page dan juga ada rakan yang bagi link mengenainya .. Hurmmmm .. Status mengenai halal haram asal usul vaksin tersebut , risiko , kesan jika mengambilnya dan pelbagai lagi persoalan..
Hurmm.. bukan hanya untuk diberikan pada bayi malah juga pada orang orang dewasa cam aku ni . Yelah , sakit pening skit makan ubat. Yang punya penyakit berbahaya lagi .. haaaa .
Ada rakan mintak aku bukak isu ni tapi memandangkan aku tidak punya ilmu mengenainya atau sekadar baca sambil lalu di internet kemudian menyokong atau membantah , aku rasa aku tak patut lakukannya ..
Hurmmm .. Aku malas nak pertikaikan apa yang rakan rakan di luar sana tu buat dan juga jawapan balas dari pihak berwajib . Yelah , macam aku cakap tadi .. aku bukan ahlinya. Bukan tak percaya atau menafikannya cuma perlu ada bukti yg lebih kukuh . Seperti pihak berwajib di negara kita ni perlu keluarkan kenyataan yang lebih menyakinkan .. Haaa ..
Bukan apa .. ada pihak beria dok ‘melawan’ … akhirnya dia syorkan satu produk yang lebih halal katanya .. dan SILA BELI DARI DIA ! Perghhh ..
Aku camana pulak ? Hurmm .. Aku lebih rela rujuk pada yang lebih arif mengenainya. Jangan memandai mandai.. Kalau jadi apa apa pada anak kita , sapa nak bertanggungjawab ? Confirm memasing angkat tangan punya.
Apa pun , biar ada sedikit info mengenai vaksin tu dari main angguk jer .. kan ? Huhuh… Lainlah mmg dah malas nak membaca atau amik tau.. Tu tak leh nak kata apa dah ..