Cendol Bakar atau Cendol Pakcik Bakar ?
Kali pertama aku ceritakan di blog atau di FB , ramai tak tau akan kewujudan cendol bakar ni .. Mereka tau burger bakar , Ais krim bakar … Cendol bakar ni lak camana ?
Hari tu, aku gagal membelinya kerana tokey kedai cuti lagi. Tapi hari ni , aku berjaya membelinya setelah wife teringin nak makan !!!
Berbekalkan tak sampai RM10 , aku berjaya dapatkan cendol bakar + pulut durian dan cendol bakar biasa !
Camana ? Sedap tak ?
Terus terang ianya berjaya menghilangkan mengantuknya diri ini !! Sangt mengantuk , okeh ! Jadi tak hairanlah banyak kereta berhenti makan minum kat sini ..
Haaa.. lupa lak .. Apa yang dibakarnya ?? Menurut orang , yang dibakarnya adalah gula merah .. hehehe .. Wallahualam ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
10 comments
Nampak macam sedap tu bro.. Cendol Bakar atau Cendol Pakcik Bakar ? Ayat tu memang boleh konfius.. ;)
BalasPadamIni yg kat jalan ijok-kuala selangor tu ke? Yg ada drive-thru tu?
BalasPadamNama tuan yang empunya cendol tu adalah Bakar..hehe..
BalasPadamtak pernah dengar..siyes! nk buat2 mengidam juga la...hehe
BalasPadamtapi owner dia pun nama bakar kan?? kita pun terkena dah sekali dok imagine macam mana la cendol tu di bakar.. kekekekeke. rupa2nya cendol tu pakcik bakar yg punya
BalasPadamtelan air liur.
BalasPadamserius, nampak sangat menyelerakan!
di daerah saya Cendol Bakar ni bermula dgn warung kecil tepi jalan (asam jawa, k selangor)..sekarang dah ada drive thru
BalasPadampemilik asal warung ini adalah En Bakar, saya pernah tulis dalam entri ini http://ummuamar.blogspot.com/2012/03/cendol-bakar.html
2 in 1..gulanya di bakar dan pemiliknya nama En Bakar..hehehe..memandai jerk..
BalasPadamOwh ye ke? Katanya nama pemilik asal Bakar jugak kan? Ada brp cawangan dah cendol di skrg katanya. Sy x tau la kesahihannya sbb blm pernah singgah lagi
BalasPadamfirst time dengar cendol pulut bakar :D
BalasPadam