Hati-hati dengan penipuan begini !
Bila aku kongsikan di TimeLine FB aku tu , rupanya ramai dah yang dapat panggilan dari penyamun tarbus niii !! Grrrr… Aku dapat dari rakan di Whatsapp ..
“ Minta perhatian semua. Kisah ini berlaku pada salah seorang yang aku kenali..
Just nak share ngan korang, aku bru buat repot polis..
Lebih kurang pukul 4ptg, ada sorang lelaki yg mengaku pegawai Ambank call aku, no phone yg appear adalah 1800808888. Dia kata nak sahkan penggunaan kad kredit aku RM3000 kat Poh Kong, KLCC. Aku ckp aku xde kredit kad, akaun atau apa2 urusniaga dgn Ambank.
So dia kata mungkin ade org guna nama aku untuk apply kredit kad. Aku suruh dia beritahu aku apa maklumat aku dlm sistem Ambank, tp dia kata dia hanya bahagian pengesahan, x boleh check maklumat. Aku dah curiga.
Dia suruh aku complain kat Bank Negara 0327885082. Aku buka website Ambank, mmg talian hotline diaorg 1800808888. Aku call no Bank Negara yg dia bagi tu dan lelaki India, Vijaya yg angkat. Lepas aku cerita, dia kata pegawai penyiasat Bank Negara akan call aku untuk dpt maklumat lanjut.
Tak sampai 15 minit, lelaki cina pulak, Lim call aku dr no 0327885093. Dia kata Bank Negara akan bantu aku untuk membekukan sementara semua kredit kad aku bagi memudahkan siasatan.
Dia suruh aku transfer duit dari mana-mana akaun simpanan yg lain ke dalam satu sahaja sebab dia akan bekukan juga akaun-akaun yg lain tu. Dia tanya aku berapa banyak duit aku dlm akaun2 tu, tapi aku cakap dia kan Bank Negara, tak kan tak boleh check. Suara dia dah lain.
Dia suruh aku pergi bank dan call dia bila sampai kat bank sebab dia akan ajar aku cara nak kemaskini akaun. Aku cakap ok.
Aku call Ambank guna 1800808888 dan Ambank sahkan tiada apa2 rekod aku dgn Ambank dan mengatakan yg Ambank sendiri telah menerima banyak aduan. Dlm 10 minit dia call lagi, tanya aku dah pergi bank atau belum. Aku cakap on the way.
Tapi, sebenarnya aku kat Balai Polis. Masa tgh buat repot, dia call lagi tp dah mula marah2 sebab kononnya kena kerja overtime nak handle kes aku (baiknya 'pegawai Bank Negara' tu). Aku terus cakap dengan dia yg aku tengah buat polis repot, serta merta dia letak telefon. Pegawai Penyiasat IPD Gombak beritahu aku, hari ini sahaja mereka telah menerima 5 laporan yg sama.
Mohon share dengan orang lain supaya lebih berhati-hati dan buat pengesahan dengan bank berkenaan sebelum buat apa-apa. Mereka skrg ada teknologi supaya nombor telefon yg tertera di handphone kita adalah sama dengan nombor bank. Mereka hanya perlu nama dan no telefon kita sahaja."
Hurm.. dan antara komen rakan-rakan ialah ..
- Hati2 ..suami aii pn hampir terkena...nasib baik dia kol aii bgtau...aii penah dgr dlm radio pn ada pesan pasal benda ni....kalo tdk melayang la duit dia...
- Dah pernah experience pun bila dpt call yg sama cuma sbb tk tahan dgn apek tu tk reti cakap bahasa melayu dgn betul...kena maki kaw2 n suh dia belajar ckp bahasa melayu dgn fasih baru call balik terus hang up...kihkihkih...
- Mintak dia fax latest statement, confirm lepas tu dia tak kacau dah.. Saya pernah dpt call mcm ni dan modus operandi sama cuma dia kata dari bank lain..
- jd susah kerja yg btol2 pkrja bank..kdg nak buat pgesahan kne maki hamun dgn cstmer..
- suami saya br je kena...so berhati2..jgn bg pe2 maklumat berkaitan akaun2 yg lain..lau dpt call mcm ni better refer bank kad kredit tersebut...ramai dh yg menjd mangsa kes tipu
- Kawan saya pernah kena mcm ni...,sampai ugut2..
Jadi , sila hati hati la yer .. Jangan mudah serah infomasi anda melalui telefon dan juga internet .. Kena pastikan benar benar tulen .. Bukan ‘ tulen banggg.. ‘ …
5 comments
Hr tu ada kata call dari maxis, bila google ramai dh complain kata no tu dr mana tah, sindket penipuan...nasib x bg apa2 maklumat..hurmmm, mcm2 skrg ni!
BalasPadamPerlu lebih berhati2..
BalasPadamJahat depa ini...neraka sungguh.
BalasPadampnh gk hmpr kena tipu minggu lps.tp kisahnya lain kate de hutang dkt TM & kreadit card. Lps tu call TM tnya blk, rupenya de 10 kes penipuan serupa dlm masa 1 hari.
BalasPadampernah kena jugak sebelum ni...tp dr celcom, yg katanya no phone sy menang tempat ketiga (RM5000)...pegawai tu suruh pegi bank & then nnti dia akan ajar cara utk kemaskini no acc. mujur tak pergi...& nmpk sgt penipuannya..
BalasPadam