Dilema blogger !
Hurmmm .. bila terima job advertorial , bayaran lumayan tapi masalahnya ialah … kesan pada pembaca ! Camana nak bercerita dengan ikhlas dan jujur sedangkan client meminta kita bercerita untuk menarik para pembaca melanggan produk mereka !
Masalah wooo ! Bukan senang . Satu , punca rezeki kita .. Satu lagi , rakan rakan kita ni !! Nak ditemberangkan , kawan kita sendiri .. Nak ditolak , perghhh … banyak tuuu bayaran .. Dah tu camana ? Kalau korang camana ?
Mungkin ada yg kata .. Ala , tolak je la Ben . Rezeki ada di mana mana ! Benar tapi andai terjadi pada anda sendiri bagaimana ? Contoh la kan.. Korang tau korang kerja dengan syarikat kewangan yang terang terang dok cekik darah orang .. Mengenakan bunga yang tinggi .. Atau kontraktor perumahan yang terang teranng menipu pembeli rumah dengan buat rumah gunakan bahan murah tetapi dia kenakan charge dengan harga mahal ! Camana tu ? Korang nak report pihak berkuasa atau berenti keja .. atau butakan mata je ? Asal tiap bulan , gaji dibayar ..dah laa !
Apa pendapat korang ? Hurmm.. tolak rugi , terima .. rasa bersalah lak .. Kecuali terms and conditions meminta aku bercerita mengenai pengalaman je.. Haa , yang tu ok laaa … Kan kan ?
10 comments
kejujuran lebih bernilai dari kekayaan. hehehehe..
BalasPadamkalau dah terang dan nyata kita tahu perkara itu salah..tapi tetap melakukan..dikira bersubahat..ermm tak manislah..tapi kalau kita memang tak tahu..tak mengapa..niat tidak menghalalkan cara..maaf bro ben kalau saya tersilap kata..inilah ujian dalam kita mencari rezeki..
BalasPadamBaik tak yah subahat, Ben.Takut tak berkat duit tu.
BalasPadambetul!! memang dilema sangat kalau dlm situation macam ni.. hurmm.. ikur kata hati jelah abg ben.. :)
BalasPadamok jer yang mana2 pun... orang beriklan dalam blog bro, kekawan bro mesti tau sb slalu nya bro slalu tulis kat mula2 entri -iklan- .. lgpun, depend pada penjual ngan pembeli, bro pengiklan jer :)
BalasPadamKejujuran lebih bernilai dari kekayaan ;) dah ada kat header tu kan?
BalasPadamkena fahamkan terms and cond, then baru fikir untung rugi kot.hee apa2 pun bawa berbincang wife abg ben sekali :)
BalasPadamTapi . Kalau terima da kira bersubahat . Maknanyaa sama2 menipu . Kesian pada orang yg percaya dan tak berpuas hati nanti . Huhu . Tak memasal kongsi dosa dgn org yg bayar abg ben tu . Betul rezeki ada dekat mana2 . Allah da aturkan . Maaf kalau tersilap atau terasa hati :)
BalasPadamJika hati rasa tak berapa best, baik tinggalkan.. :)
BalasPadamTU DILEMA SAYA SEKARANG NIIIII... sebenarnya produk tu tak berapa nak berkesan pon..uwwaaaa
BalasPadam