Berbaloi ke jadi blogger sepenuh masa ?

by - Isnin, Oktober 28, 2013

 

Blogger sepenuh masa bererti mendapat ‘gaji’ melalui blognya ! Ingat yer , bukan semua bernasib baik dan mampu menjana pendapatan melalui penulisan , semata mata !! Nanti ada yang tak pasal pasal , berenti keje .. pastu menyesal !

Berbalik pada soalan yang dikemukakan .. hehehe .. Berbaloikah ? Aku tanya wife aku tadi sewaktu gi makan malam .. Maka dia jawab, “ Alhamdulillah .. ok la dari keje dulu .. “ . Namun begitu , pekerjaan aku di Kementerian Pelancongan adalah permulaan kepada segalanya. Pengalaman aku melihat negeri orang , menjadikan aku lebih kreatif berfikir dalam bercerita.

Ok.. berbaloikah ? Aku tak perlu ceritakan berapa pendapatan aku setiap bulan. Banyak ke sedikit ke , aku kena berusaha untuk mendapatkan untuk melunaskan hutang hutang yang sedia ada serta menyimpan untuk masa depan.

Kalau tanya dari satu sudut yakni kepuasan .. maka jawapan aku , GILA LAAA TAK KALAU TAK BERBALOI !! Bayangkan ehh ,  dapat handphone , dapat sponsor perabot , dapat tv , dapat itu ini laaaa.. macam macam ! Tak berbaloi lagikah ? Dapat masuk tv , majalah ! Haaa.. Dapat buktikan pada orang yang dok gelakkan aku dulu , buang masa dengan internet ni !!

Apa saja yang kita buat , kalau kita tau apa yang kita buat , kita ada pengetahuan mengenainya , bakat , kreativiti serta jangan lupa akan Tuhan .. maka segalanya dalam perancangan anda untuk berjaya .. Perlu ada usaha , kesabaran , doa dan tawakal ..

Kalau fikir nak jadi kaya raya dengan blog , maka perlu ada strategi dengan lebih meluas. Anda takkan kaya dengan menanam taugeh saja  melainkan anda jumpa harta karun di dalamnya atau mempelbagaikan lagi jenis tanaman ..

You May Also Like

11 comments

  1. Betul tu saya setuju. Yang penting kena ada keberkatan dan keikhlasan dalam setiap apa jua pekerjaan yang kita buat.

    BalasPadam
  2. ye..aku setuju dan sentiasa berusaha ke arah tu. timakasih bg dorongan dan peringatan.

    BalasPadam
  3. Memang berbaloi jika kena caranya.. Dapat tumpukan pada family dan tidak terikat pada masa di pejabat.. Yang penting harus berdisiplin dan fokus apa yang diusahakan...

    Sekadar pendapat..maaf jika tersalah :)

    BalasPadam
  4. SETUJU!!tak kisahlah apa pun yang kita buat,jika berusaha dengan gigih pasti berhasil..

    BalasPadam
  5. Saya tertarik dengan statement "buktikan pada org yang kata dengan internet nie hanya membuang masa sahaja..." Apa2 pun, keep it up bro.. Keep blogging .

    BalasPadam
  6. Setuju! ;) Tapi nad cuma untuk sampingan je hehe

    BalasPadam
  7. Penuh ranjau duri tapi kalau dah berjaya mmg berbaloi

    BalasPadam
  8. bestnya..pada saya apa yg paling berbaloi bagi blogger sepenuh masa adalah ada lebih banyak masa utk spend dengan family..

    BalasPadam
  9. Moga terus berjaya hendakNYA.. bukan senang nak senang seperti apa yang Ben dapat.. ;)

    BalasPadam
  10. setuju ngn ben.. berbaloi klau berusaha.. sesuatu keje, klau xde usaha semua tinggal air liur je.

    Allah dh sediakan pintu rezeki utk hambanya.. cma kita kena tahu mghargai..kdg2 org nampak kemewahan tu dpt dgn mudah tp semua tu xkan ada tanpa keperitan. full time blogger.. bkn semua berani amek risiko tp ben antara org yg berani..

    kagum dgn cara ben menggunakan medium blogger utk mencri rezeki.. antara blogger yg low profile tp diam2 ubi berisi. haha

    BalasPadam